Skip to content
Home » Berita

Berita

Basic Of Psychology And Leadership Organisation (Boplo) Siri 1/2026

Tarikh : 24 JANUARI 2026. Unit Pengurusan Psikologi bersama Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS) telah menganjurkan Program Basic of Psychology and Leadership Organisation (BOPLO) Siri 1/2026 bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS. Seramai 90 orang peserta telah turut serta dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman asas berkaitan ilmu psikologi bagi membantu peserta memahami tingkah laku, emosi dan pemikiran individu dalam sesebuah organisasi. Selain… Read More »Basic Of Psychology And Leadership Organisation (Boplo) Siri 1/2026

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir Ke PIS

Tarikh : 22 JANUARI 2026. Satu sesi lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir telah dilaksanakan di PIS. Lawatan telah diketuai oleh Puan Noorzaliana Bt Tongal (guru Bimbingan & Kaunseling) dan turut bersama Puan Suziliana binti Sumadi (Guru TVET), Puan Ainul Aqidah BT Azman (guru TVET), Encik Zarif Izzuddin bin Zulkifli (guru akademik) dan Encik Mohamad Zulkhairi Raihan bin Abd Rahman (guru akademik) serta 37 orang… Read More »Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir Ke PIS

Lawatan Penanda Aras Berhubung Perlaksanaan Work Based Learning (WBL) Bagi Program Diploma Teknologi Media Cetak

Tarikh : 22 JANUARI 2026. Pada 22 Januari 2026, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada Politeknik Muadzam Shah (PMS).Lawatan yang melibatkan 11 orang pegawai PMS ini bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan Work Based Learning (WBL) melalui perkongsian amalan terbaik serta pengalaman pengurusan WBL di peringkat institusi. Taklimat lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Unit WBL PIS, Puan Khatijah binti Md Saad, dan turut disertai oleh ketua-ketua jabatan,… Read More »Lawatan Penanda Aras Berhubung Perlaksanaan Work Based Learning (WBL) Bagi Program Diploma Teknologi Media Cetak

Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA)2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik yang dianjurkan oleh BERNAMA

Tarikh : 20 JANUARI 2026. Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA)2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik yang dianjurkan oleh BERNAMA telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan. Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin telah merasmikan program dan menyampaikan sumbangan Smart TV kepada 6 insitusi termasuk Politeknik Ibrahim Sultan. Para pelajar Politeknik telah mengikuti 3 Sesi bengkel Mobile Journalism,… Read More »Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA)2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik yang dianjurkan oleh BERNAMA

Lawatan Kolaborasi Daripada Politeknik Kampar, Indonesia Ke PIS

Tarikh : 19 JANUARI 2026. Satu lawatan Kolaborasi daripada Politeknik Kampar, Indonesia ke Politeknik Ibrahim Sultan telah diadakan di Bilik Persidangan, PIS. Lawatan ini telah diketuai oleh Ir. Nina Veronika, ST., M.Sc Direktur Politeknik Kampar Indonesia dan Eka Suma Hamid, ST.,M.Si, Ketua Yayasan Datuk Tabano, Indonesia bersama 9 orang angota delegasi yang terdiri daripada Pensyarah dan Jawatankuasa Yayasan Datuk Tabano. Delegasi Lawatan ini telah disambut dan disantuni oleh YM Tengku… Read More »Lawatan Kolaborasi Daripada Politeknik Kampar, Indonesia Ke PIS

Majlis Penutup MTS Pelajar Baharu PIS Sesi II : 2025 / 2026.

Tarikh : 09 JANUARI 2026. Program Inspirasi Alumni PIS telah berlangsung dengan jayanya sempena Minggu Transformasi Siswa Sesi 2: 2025/2026 pada 8 Januari 2026 bertempat di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ), Politeknik Ibrahim Sultan. Seramai 300 orang pelajar semester baharu telah terlibat dalam program ini yang bertujuan memberi pendedahan awal serta suntikan motivasi kepada mahasiswa baharu. Program ini menampilkan Muhammad Anwar bin Samadun, seorang alumni usahawan PIS dan pemilik… Read More »Majlis Penutup MTS Pelajar Baharu PIS Sesi II : 2025 / 2026.

MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) PIS SESI II : 2025/2026

Tarikh : 05 JANUARI 2026. Program Minggu Transformasi Siswa MTS di Politeknik Ibrahim Sultan merupakan program minggu suaikenal dalam usaha memperkenalkan pelajar baru mengenai institusi dan memberi pendedahan suasana pelaksanaan serta proses pengajaran & pembelajaran. Pada hari pertama MTS telah di laksanakan Pengesahan dokumen pelajar baru dalam sistem maklumat PIS bagi Sesi II : 2025/2026 telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS seawall pkl 8.30 pagi. Beberapa aktiviti… Read More »MINGGU TRANSFORMASI SISWA (MTS) PIS SESI II : 2025/2026

Sambutan Hari HIV/ AIDS Dan Diabetes 2025 Peringkat Komuniti Klinik Kesihatan Sultan Ismail

Tarikh : 22 DISEMBER 2025. Seramai 10 orang staf PIS telah menyertai Sambutan Hari HIV/ AIDS Dan Diabetes 2025 Peringkat Komuniti Klinik Kesihatan Sultan Ismail, diketuai oleh Puan Maslinda binti Mohd Sah, Ketua Unit Pengurusan Psikologi PIS. Sambutan ini Hari HIV/AIDS dan Diabetes ini untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, aktiviti gaya hidup sihat serta saringan kesihatan percuma merangkumi bacaan gula dalam darah, tekanan darah dan kolesterol termasuk… Read More »Sambutan Hari HIV/ AIDS Dan Diabetes 2025 Peringkat Komuniti Klinik Kesihatan Sultan Ismail