Skip to content
Home » Perlindungan Data Peribadi

Perlindungan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta ini merupakan Matlamat Dasar Kebangsaan Kesepuluh yang dinyatakan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009 telah diedarkan pada September 2000 kepada agensi-agensi awam dan swasta untuk mendapatkan ulasan dan pandangan umum dan telah diluluskan oleh Parlimen pada 5 April 2010 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 2 Jun 2010.

Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial oleh Pengguna Data dan melindungi kepentingan Subjek Data.Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709]

Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “pengguna data” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “pengawal data” kecuali dalam takrif “daftar” di bawah seksyen 4, dan seksyen 9.

Sumber : Jabatan Perlindungan Data Peribadi