Tarikh : 05 MARCH 2026.
Satu lawatan kerja rasmi Kolaborasi diantara Marriott International Malaysia dengan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah diadakan di Bilik Persidangan PIS. Kehadiran pelawat ini telah diketuai oleh Mr. George Varughese, Market Vice President -Malaysia bersama Ms. Sabrina Abdullah, Director of Human Resources-Malaysia, Mr. Wong Zhen Hui, Human Resources Manager, Renaissanse Johor Bahru Hotel dan Miss Aliah Syahirah Amran, Acting Assistant Human Resources Manager Renaissanse Johor Bahru Hotel. Lawatan mereka telah disambut oleh YBrs. Encik Mohd. Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan YBrs. Encik Abdul Kharim bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PIS.
Lawatan ini adalah bertujuan membuka lembaran baru dua hala bermula tahun 2026 ini dengan perancangan berkaitan MOU dan perbincangan perancangan aktiviti atau program secara tidak langsung antara pihak Marriott dengan PIS. Kolaborasi ini akan memberikan impak positif kepada peluang serta ruang baru bagi latihan industri dan Work-Base Learning yang pelajar perlu penuhi sepanjang pengajian di institusi malahan meningkatkan mutu kebolehpasaran graduan. Peluang kerjaya yang cerah juga akan tersedia kepada graduan institusi melalui kolaborasi ini. Semoga perancangan ini membuahkan kejayaan pada masa hadapan.
#jphpis#cisecpis#wblpis#uplipis



