Tarikh : 27 FEBRUARY 2026.
Seramai 30 peserta dari pelbagai daerah dan negeri telah menyertai Kursus Metodologi Latihan Siri 2/2026 yang berlangsung pada 23 hingga 27 Februari 2026 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS). Pelatih Kor PISPA Politeknik Malaysia daripada PIS, PTSN, PKB, PPD dan PNS turut bersama menjayakan kursus ini.
Tahniah diucapkan kepada wakil Kor PISPA Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) iaitu
1.Sharifah Nur Afifah Binti Abd Rizal (JPH)
2.Nurhanie Umairah Binti Azman (JPH)
yang telah terpilih mengikuti kursus ini sebagai salah satu syarat wajib bagi tauliah pangkat Staf Muda (PA). Kursus ini memberi pendedahan kepada metodologi latihan pertahanan awam, termasuk teknik penyampaian latihan yang lebih tersusun, interaktif dan berkesan melalui sesi perbincangan, simulasi dan latihan praktikal. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melahirkan anggota dan jurulatih APM yang lebih profesional serta bersedia menghadapi cabaran di lapangan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.


