Tarikh : 05 MARCH 2026.
Program Tadarus Al-Quran PIS bagi tahun 2026M bersamaan 1447H telah diadakan pada bulan Ramadan dalam meraikan dan merebut amalan ibadah di bulan mulia ini. Program ini telah dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Pengajian Am & Masjid PIS dengan kerjasama Biro Agama, PUSPANITA Cawangan Kecil PIS.
Program tadarus harian selepas zohor diadakan secara bersemuka yang akan dikelolai oleh Naqib/Naqibah/ Ketua Kumpulan bermula pada 23 Februari 2026 dan diselesaikan sebelum 12 Mac 2026. Semoga program ini beroleh manfaat dan dikurniakan keberkatan serta pahala kepada semua staf yang terlibat.



