Skip to content
Home » Berita » Program Imarah Ramadan PTPTN @ (IMRAN) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Program Imarah Ramadan PTPTN @ (IMRAN) Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Tarikh : 04 MARCH 2026.

Telah berlangsung Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2026 bertempat di Perkarangan Masjid Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor.

Majlis dimulakan dengan aktiviti gotong-royong penyediaan juadah berbuka puasa yang melibatkan warga PIS, pelajar dan pihak PTPTN. Program kemudiannya diteruskan pada jam 5.00 petang dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Da’i Azam Al-Kankari, Pendakwah/Guru Agama/Penulis.

Majlis telah dihadiri oleh Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, Hj Ulaimi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan JPPKK, Tengku Nadzion Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS serta barisan pengurusan kanan Politeknik Ibrahim Sultan.

Turut berlangsung ucapan aluan oleh Hj Ulaimi Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan JPPKK, diikuti ucapan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN kepada para pelajar PIS.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, turut diadakan beberapa penyampaian sumbangan iaitu:

• Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI

• Penyampaian Kit Kasih PTPTN

• Penyampaian Sumbangan Rakan Strategik (Southern Volunteer)

Program ini merupakan inisiatif bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan di samping menyantuni mahasiswa serta memperkukuh kerjasama strategik antara PTPTN dan institusi pendidikan.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

#TVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *