Tarikh : 13 MARCH 2026.
Seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor di bawah pimpinan YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, atas pemberian Bantuan Kasih Johor (BKJ) kepada Penjawat Awam di PIS bagi Fasa 1 iaitu pada 12 Disember 2025 dan Fasa 2 iaitu pada 13 Mac 2026 bagi warga kerja PIS.
Alhamdulilah dan sangat bersyukur atas rezeki yang diterima. BKJ ini sangat bermakna dan merupakan salah satu tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Johor dalam menghargai jasa serta komitmen daripada penjawat awam yang terus berkhidmat dengan penuh dedikasi di bidang pendidikan pengajian tinggi.
Semoga inisiatif ini dapat memberi cetusan semangat kepada seluruh penjawat awam untuk memberikan perkhidmatan dengan lebih baik dan berdedikasi demi kesejahteraan masyarakat terutama bagi kemajuan negeri Johor.
#KerajaanNegeriJohor#MajuJohor#BangsaJohor#onnhafizghazi#BKJ



