Skip to content
Home » Berita » Program Kasih Ummah Ramadhan

Program Kasih Ummah Ramadhan

Tarikh : 16 MARCH 2026.

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan penuh rasa tanggungjawab telah menganjurkan Program Kasih Ummah Ramadhan sebagai usaha murni menyampaikan sumbangan barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seramai 10 penerima daripada komuniti asnaf telah menerima manfaat daripada program ini sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Haji Baharudin Mohamed Taib, dengan turut dihadiri oleh Puan Hajah Haryati binti Ismail, Ahli Majlis Zon Scientex 2 MBPG, yang bersama-sama memeriahkan majlis penuh makna ini. Program yang berlangsung pada 14 Mac 2026 bertempat di Surau Al-Hikmah, Jalan Helang, Taman Scientex, melibatkan komuniti Scientex Zon 2 dan berjalan dengan lancar serta penuh kesyukuran.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban penerima dalam menyambut Aidilfitri. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada para dermawan serta semua AJK yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *