Skip to content
Home » Berita » Bengkel Metodologi Penyelidikan & Analisis Data Menggunakan Aplikasi SPSS (Sesi 1)

Bengkel Metodologi Penyelidikan & Analisis Data Menggunakan Aplikasi SPSS (Sesi 1)

Tarikh : 17 MARCH 2026.

Telah berlangsung dengan jayanya satu Program PSH: Bengkel Metodologi Penyelidikan & Analisis Data Menggunakan Aplikasi SPSS (Sesi 1) anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), yang melibatkan penyertaan seramai 14 orang peserta dari PIS dan Kolej Komuniti Batu Pahat.

Sesi perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Norulhuda binti Ismail dari Universiti Teknologi Malaysia, bertujuan untuk memperkukuh kefahaman peserta terhadap konsep asas metodologi penyelidikan, di samping melatih kemahiran teknikal dalam menjalankan analisis data dengan menggunakan perisian SPSS.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian beliau berkongsi kepakaran yang sangat berharga dan syabas diucapkan kepada semua peserta, semoga kompetensi yang diperoleh menjadi pemangkin kejayaan dalam penghasilan analisis data serta pelaporan penyelidikan yang lebih mantap, tepat dan berkualiti tinggi.

#politeknikibrahimsultan

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *