Skip to content
Home » Archives for admin » Page 8

admin

Lawatan Kerja Rasmi Dan Pemantauan Tapak Oleh TKSU(PP) KPT

Tarikh : 01 MEI 2026. Satu lawatan kerja rasmi dan Pemantauan Tapak telah diadakan pada 17 April 2026 oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin HassanTimbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan). Turut hadir YBrs. Tn. Hj. Ulaimi Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, YBrs. Pn. Noraini Binti Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha, JPPKK. Lawatan telah dimulai di bilik persidangan PIS dan kemudian sesi lawatan di sekitar tapak kampus… Read More »Lawatan Kerja Rasmi Dan Pemantauan Tapak Oleh TKSU(PP) KPT

Staf PIS Mengukir Nama Di Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026.

Tarikh : 30 APRIL 2026. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 anjuran MyIPO yang berlangsung di Menara MyIPO, PJ Sentral. Program berlangsung dari 28 – 30 April 2026. Penyertaan ini menampilkan projek inovasi Health Monitoring Safety Smart Jacket yang telah menerima geran TAIGS daripada Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. Projek ini memberi fokus kepada aspek keselamatan dan pemantauan kesihatan, selari dengan keperluan inovasi semasa.… Read More »Staf PIS Mengukir Nama Di Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026.

Staf PIS Merangkul Emas Di Ineric 2026

Tarikh : 30 APRIL 2026. Tahniah kepada Nurrul Asmar Binti Azhan, Noranisah Binti Marni, dan Siti Zaitul Hajar Binti Hassan atas kejayaan cemerlang dalam International Education Research & Innovation Carnival (InERIC) 2026 yang diadakan pada 30 April 2026 yang lepas. Pasukan mereka telah berjaya merangkul Gold Award bagi kertas kerja inovasi video interaktif untuk pelajar TVET. Istimewanya, Nurrul Asmar Binti Azhan yang bertindak selaku pembentang kertas kerja tersebut di Contemporary… Read More »Staf PIS Merangkul Emas Di Ineric 2026

42nd VISCOM Show 2026 : Vistra

Tarikh : 29 APRIL 2026. Satu program penyampaian Anugerah dan Pameran Karya Projek Akhir JRKV yang telah berlangsung pada 28 dan 29 April 2026. Pameran melibatkan pelajar dari Program Diploma Rekabentuk Industri, Diploma Rekabentuk Grafik, Diploma Rekabentuk Fesyen, Diploma Teknologi Kreatif Digital Animasi Dan Sijil Khas Reka Bentuk Grafik. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Mohd Firdaus bin Mohd Noor, TPSA, Politeknik Ibrahim Sultan. Pelbagai aktiviti juga diadakan dengan menumpukan penyertaan… Read More »42nd VISCOM Show 2026 : Vistra

Satu lawatan Pengauditan Pengurusan Kewangan PIS Tahun 2026,Unit Audit Dalam, Kementerian Pendidikan Tinggi

Tarikh : 24 APRIL 2026. Satu lawatan Pengauditan Pengurusan Kewangan PIS Tahun 2026, Unit Audit Dalam, Kementerian Pendidikan Tinggi telah diadakan pada 24 April 2026 di Politeknik Ibrahim Sultan. Semoga pengauditan pada kali ini memberi manfaat dan meningkatkan mutu kerja serta ke arah pengurusan kewangan yang cemerlang. #KPT #politeknikibrahimsultan #PenerajuIlmuSejagat #oneteammoredreams #PolyCCTVETForAll

Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Masjid PIS

Tarikh : 17 MARCH 2026. Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Masjid PIS dengan jayanya. Majlis ini telah dianjurkan secara bersama oleh Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil PIS, Jabatan Pengajian AM dan JK Masjid PIS. Majlis ini telah dilengkapi dengan Tadarus Al Quran seawal Ramadan lagi dan ditutup dengan Majlis Khatam Al Quran. Penglibatan program sepanjang ramadan ini disertai oleh staf dan pelajar PIS. Pada Majlis penutup telah diadakan… Read More »Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Masjid PIS

Bengkel Metodologi Penyelidikan & Analisis Data Menggunakan Aplikasi SPSS (Sesi 1)

Tarikh : 17 MARCH 2026. Telah berlangsung dengan jayanya satu Program PSH: Bengkel Metodologi Penyelidikan & Analisis Data Menggunakan Aplikasi SPSS (Sesi 1) anjuran Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), yang melibatkan penyertaan seramai 14 orang peserta dari PIS dan Kolej Komuniti Batu Pahat. Sesi perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Norulhuda binti Ismail… Read More »Bengkel Metodologi Penyelidikan & Analisis Data Menggunakan Aplikasi SPSS (Sesi 1)

Program Kasih Ummah Ramadhan

Tarikh : 16 MARCH 2026. Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan penuh rasa tanggungjawab telah menganjurkan Program Kasih Ummah Ramadhan sebagai usaha murni menyampaikan sumbangan barangan keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seramai 10 penerima daripada komuniti asnaf telah menerima manfaat daripada program ini sempena bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Haji Baharudin Mohamed Taib, dengan turut dihadiri oleh Puan Hajah Haryati binti Ismail,… Read More »Program Kasih Ummah Ramadhan

Kursus Metodologi Latihan Siri 2/2026

Tarikh : 27 FEBRUARY 2026. Seramai 30 peserta dari pelbagai daerah dan negeri telah menyertai Kursus Metodologi Latihan Siri 2/2026 yang berlangsung pada 23 hingga 27 Februari 2026 di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS). Pelatih Kor PISPA Politeknik Malaysia daripada PIS, PTSN, PKB, PPD dan PNS turut bersama menjayakan kursus ini. Tahniah diucapkan kepada wakil Kor PISPA Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) iaitu 1.Sharifah Nur Afifah Binti Abd Rizal… Read More »Kursus Metodologi Latihan Siri 2/2026