Skip to content
Home » Berita » Staf PIS Mengukir Nama Di Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026.

Staf PIS Mengukir Nama Di Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026.

Tarikh : 30 APRIL 2026.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2026 anjuran MyIPO yang berlangsung di Menara MyIPO, PJ Sentral. Program berlangsung dari 28 – 30 April 2026.

Penyertaan ini menampilkan projek inovasi Health Monitoring Safety Smart Jacket yang telah menerima geran TAIGS daripada Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti. Projek ini memberi fokus kepada aspek keselamatan dan pemantauan kesihatan, selari dengan keperluan inovasi semasa.

HHIN 2026 yang bertemakan “Dari Idea ke Podium: Harta Intelek Nadi Malaysia Madani” menghimpunkan pelbagai inovasi berimpak tinggi khususnya dalam memenuhi keperluan bidang sukan dan kesejahteraan masyarakat. Penyertaan ini mencerminkan komitmen PIS dalam memperkasa budaya inovasi serta memartabatkan harta intelek di peringkat nasional.

Tiga pegawai yang terlibat untuk sesi pameran kali ini ialah Ts. Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar, Pn. Mardhiah binti Morsin, dan Pn. Yusmahaida binti Yusof yang mewakili pasukan dalam penghasilan produk inovasi Geran TAIGS ini. Kejayaan penghasilan inovasi produk Health Monitoring Safety Smart Jacket for Deaf Community ini melibatkan idea dan usaha satu pasukan yang terdiri daripada Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar, Pn. Mardhiah binti Morsin, Pn. Yusmahaida binti Yusof, Pn. Nurrul Asmar binti Azhan, Pn. Nor Afizah binti Jalil dan En.Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff.

Semoga kejayaan dan kecemerlangan staf PIS terus mendapat pengikhtirafan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

#cdecpis

#jrkvpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *