Skip to content
Home » Berita » Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Masjid PIS

Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Masjid PIS

Tarikh : 17 MARCH 2026.

Majlis Khatam Al Quran telah diadakan di Masjid PIS dengan jayanya. Majlis ini telah dianjurkan secara bersama oleh Biro Agama PUSPANITA Cawangan Kecil PIS, Jabatan Pengajian AM dan JK Masjid PIS. Majlis ini telah dilengkapi dengan Tadarus Al Quran seawal Ramadan lagi dan ditutup dengan Majlis Khatam Al Quran.

Penglibatan program sepanjang ramadan ini disertai oleh staf dan pelajar PIS. Pada Majlis penutup telah diadakan penyampaian cenderahati dan hadiah bagi pertandingan yang telah dianjurkan sepanjang program ini. Majlis ini juga telah disantuni dengan kehadiran YM Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik PIS, En. Mohd Firdaus Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS dan Tn. Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik PIS. Turut serta hadir dalam majlis ini adalah ketua-ketua Jabatan Akademik, ketua-ketua Unit Sokongan Akademik dan kakitangan terlibat serta para pelajar yang terlibat.

Tahniah dan syabas atas penglibatan semua dalam program ini dan semoga beroleh keberkatan dan manfaat dalam tambahan ibadah dibulan Ramadan yang mulia ini.

#puspanitapis

#jpapis

#masjidpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *