jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

Unit Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat (UTM) mula ditubuhkan pada Dis 2001. Unit ini bertanggung jawab sepenuhnya terhadap rangkaian kampus PIS. Selain darpada itu, unit ICT juga bertanggung jawab terhadap hampir 800 buah komputer yang ada di sini dari segi teknikal dan penyelenggaraan. Unit ini terdiri daripada 13 orang kakitangan yang terdiri daripada:-

  • Ketua Unit (Pegawai Teknologi Maklumat F44/F41)
  • 2 Pegawai Teknologi Maklumat (F44/F41)
  • 3 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)
  • 1 Juruteknik Komputer (FT 22)
  • 6 Juruteknik Komputer (FT19)

Objektif

  • Menguruskan "Server Farm", peralatan dan perihal yang berkaitan dengan Sistem Rangkaian Kampus.
  • Memastikan pengguna (End_user) mendapat manfaat yang sepenuhnya dari Sistem Rangkaian Kampus.
  • Membangun dan menguruskan sistem maklumat yang cekap dan berkualiti
  • Menentukan kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat terjamin
  • Menyediakan kemudahan dan infrastruktur pangkalan data yang berkesan
  • Meminimumkan penggunaan kertas.
  • Meminimumkan aduan kerosakan peralatan komputer.


Fungsi / Perkhidmatan

Antara fungsi Unit UTM adalah :

  • Merancang, mengurus, menyelenggara dan segala aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan Sistem Rangkaian Kampus PIS
  • Mengemaskini Portal Rasmi PIS dan memastikan kandungan portal adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess.
  • Meyelenggara dan menguruskan aplikasi yang digunakan di PIS seperti SPMP, ILMU, Portal dan lain-lain.
  • Merancang, membangun, menguji ,melaksana dan menyelenggara aktiviti-aktiviti berkaitan sistem aplikasi di PIS.
  • Merancang perolehan, mengurus dan mengawalselia aset ICT di semua jabatan dan unit.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal yang berkaitan dengan ICT kepada jabatan dan unit.

 

Carta Organisasi

cartaUTM jan2023