CREATIVE DESIGN CENTRE (CDeC)
Pada 25 Februari 2010, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu telah melancarkan Hala Tuju Transformasi Politeknik yang bermatlamat untuk membina upaya baharu politeknik dalam membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi yang berasaskan inovasi dan kreatif. Antara agenda yang digariskan dalam hala tuju yang dirancang adalah, pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan setanding universiti dikalangan calon-calon berkelayakan, pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan (niche area) berasaskan kekuatan di setiap politeknik, pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan yang tinggi, dan pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang.
Sejarah penubuhan Centre of Technology (COT), Politeknik Johor Bahru telah diwujudkan lebih awal seiring dengan penganugerahan Politeknik Premier kepada institusi ini pada Februari 2009. Pada 15 Disember 2011, politeknik ini dengan rasminya telah menggunakan nama Politeknik Ibrahim Sultan selepas mendapat perkenan dari Duli Yang Amat Mulia, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Dengan penganugerahan ini juga, Centre of Technology (COT), Politeknik Ibrahim Sultan telah ditukarkan kepada Creative Design Centre (CDeC). Sejajar dengan nama dan fungsinya, pusat ini berfokuskan kepada bidang tujahan Reka Bentuk Kreatif (Creative Design).
Visi
Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Reka bentuk Kreatif yang memenuhi taraf antarabangsa.
Misi
- Menyemai pengetahuan berasaskan teknologi dalam bidang tujahan.
- Mempertingkatkan ilmu pengetahuan bersama industry dan komuniti setempat
- Menyebarkan kajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan ke peringkat antarabangsa
1. Kajian & Inovasi
Pusat Reka Cipta Creativ (CDeC) melaksanakan projek-projek penyelidikan dan inovasi di kawasan khususnya dan di mana-mana kawasan lain yang berkaitan dengan atau menyokong kawasan niche. Penyelidikan dan inovasi mestilah sama ada pada produk, perkhidmatan atau proses yang boleh dianggap bermanfaat (dan sesuai) kepada politeknik, sistem TVET, komuniti, industri atau PKS. Dalam hal sumber yang terhad, keutamaan harus diberikan kepada projek yang berdaya maju di mana ROI harus ditekankan.
2. Khidmat Pakar
- Rekabentuk Logo/Identiti
- Rekabentuk Editorial & Suntingan
- Rekabentuk Promosi
- Pembangunan Produk Baru Media
- Fotografi
- Produksi Video
- Perancangan Fashion & Clothing
- 3d Digital Model
- Pembuatan Model Produk / Prototaip
- Penyelidikan Dan Pembangunan
- Kursus Bengkel
3. Pengajaran & Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada aktiviti CDeC dalam pembangunan dan penggunaan pendekatan pedagogi baru, bahan pengajaran & pembelajaran serta menjalankan program latihan selaras dengan CDeC politeknik. semua bahan dan program harus terlebih dahulu diluluskan oleh pihak berkuasa yang relevan sebelum dilaksanakan di politeknik.
Pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan. ia boleh dikategorikan kepada tiga bentuk:-
- E – Dokumen
- Video
- Objek pembelajaran SCROM
4. Penerbitan & Penulisan
Pihak CDeC telah menerbitkan beberapa buah buku dibawah penerbitan CDeC. Setiap penerbitan dikeluarkan dalam bentuk bersiri dan telah didaftar dengan nombor ISSN seperti berikut:.
- Creative Design Digest: ISSN 2289-9839
- CDeC Practice: ISSN 2462-1676
- CDeC Bulletin
Bagi tujuan P&P dan juga perkhidmatan kepakaran, pihak kami juga telah membantu menerbitkan buku-buku tersebut. Antara buku-buku yang telah diterbitkan sehingga kini ialah:
1) Coloring Book ‘Satu Hari di Parit Bugis’
2) Koleksi Profil Dato’ Aishah Mohammad, Wanita Pertama Kepimpinan Polis Kontinjen Johor.
Anugerah dan Pencapaian
Waktu Operasi
ISNIN – JUMAAT
8.30 pagi – 5.00 petang
SABTU AHAD & CUTI UMUM
Tutup
(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)
Hubungi Kami
Creative Design Centre (CDeC)
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
Tel : ( Pejabat)
Faks : +607-261 2402
Emel : cdecpis@gmail.com