ALUMNI
Politeknik Johor Bahru . Politeknik Ibrahim Sultan
Visi
Menjalinkan hubungan erat alumni dalam menyumbangkan idea dan tenaga bagi membangunkan alumni PIS
Misi
Menjadi organisasi yang mampu mewujudkan hubungan yang berterusan demi kemajuan dan perkembangan alumni
Matlamat
- Mewujudkan jalinan hubungan erat di antara ahli-ahli Alumni dengan Politeknik Ibrahim Sultan
- Sebagai platform menghimpunkan graduan Politeknik Ibrahim Sultan bagi membincangkan pengalaman-pengalaman berharga mereka yang telah membantu dalam kerjaya masing-masing
- Mewujukan perhubungan dan komunikasi dua hala yang berterusan dan akrab dengan ahli-ahli alumni melalui sistem elektronik dan pengkomputeran efisien setiap masa
- Menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan ahli seperti perkhemahan, jamuan, perjumpaan dan aktiviti lain yang dirasakan boleh mendatangkan faedah kepada ahli pertubuhan.
- Memantapkan kerjasama erat dengan Pertubuhan Alumni dan organisasi luar dengan mengadakan kolaborasi bersepadu dan strategic untuk membantu pelajar dan graduan dalam perihal latihan industri / praktikal, internship dan kerjaya setiap tahun.
Syarat Keahlian
Keahlian Pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua graduan Politeknik Ibrahim Sultan, Johor, warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan keatas dengan tidak mengira jantina, bangsa atau agama. Yuran keahlian yang perlu dijelaskan sebanyak RM50.00 sekali seumur hidup.
Aktiviti Alumni
Bantuan Khas Covid 19 (Alumni PIS)
Tarikh : 12 – 16 APRIL 2020 Politeknik Ibrahim Sultan dengan kerjasama Pertubuhan Alumni Politeknik …
ALUMNI PIS