Skip to content
Home » Perkhidmatan & Fasiliti

PERKHIDMATAN DAN FASILITI

SUKAN DAN REKREASI

Kompleks Sukan dan kemudahan sukan diselia oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Ibrahim Sultan. Pelbagai kemudahan disediakan kepada para pelajar dan warga PIS. Politeknik Ibrahim Sultan juga merupakan Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) Kayak Politeknik Malaysia.

KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

Politeknik Ibrahim Sultan menyediakan kemudahan penginapan pelajar yang boleh memuatkan hampir 2,260 orang dalam satu-satu masa. Kolej Kediaman ini boleh menampung sejumlah 1,260 orang pelajar lelaki dengan lima (5) blok asrama dan seramai 1,000 orang pelajar perempuan dengan satu (1) blok asrama.

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Ilmu Sejagat (PIS) mula beroperasi pada bulan September 1998 dengan hanya lebih kurang 4,120 naskah buku. Kini ia mempunyai sejumlah 48,489 naskhah buku yang boleh dimanfaatkan warga PIS. Bangunan perpustakaan dua tingkat yang mempunyai reka bentuk unik ini, tersergam indah di kawasan seluas 100 ekar dan telah dilengkapi dengan semua perabot serta peralatan termasuk komputer yang diperlukan untuk membantu sistem pengoperasiannya. Perpustakaan ini juga mampu menempatkan sehingga seramai 600 pengguna pada satu-satu masa.

WIFI DAN ICT

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) sangat komited dalam menyediakan kemudahan ICT bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pentadbiran dan pembangunan komuniti. ICT PIS yang diuruskan oleh Unit Teknologi Maklumat (UTM) menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan berkaitan ICT untuk kegunaan warga PIS.

KEMUDAHAN KESIHATAN

Politeknik Ibrahim Sultan menyediakan pusat rawatan bagi kemudahan para pelajar dan warga kerja PIS dalam merawat pesakit bagi kes-kes ringan. Pusat Rawatan dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan (U29) lantikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

PENGURUSAN PSIKOLOGI

Politeknik Ibrahim Sultan mempunyai tiga (3) orang kaunselor berdaftar yang sentiasa bersedia untuk membantu serta membimbing pelajar dan staf menghadapi cabaran hidup yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharian.

PERSATUAN DAN KELAB

Politeknik Ibrahim Sultan sentiasa berusaha melahirkan pelajar yang cemerlang yang mana ianya seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Justeru itu, pelbagai kelab dan persatuan diwujudkan bagi menyokong usaha ini.

Lain-lain Perkhidmatan/Kemudahan

Masjid PIS

Masjid PIS

Masjid Politeknik Ibrahim Sultan adalah nadi penggerak bagi para pelajar Islam menjalankan aktiviti-aktiviti kerohanian Islam dan terletak di bawah pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan.

Masjid PIS dapat menampung jemaah seramai 3000 orang pada satu-satu masa dan turut digunakan untuk solat Jumaat bagi penduduk sekitar Politeknik Ibrahim Sultan dalam berperanan menyatukan ummah disamping mengeratkan hubungan tali silaturahim, membiasakan pelajar melibatkan diri dalam masyarakat dan tolong-menolong dalam melakukan kerja-kerja amal serta kebajikan.

Kafeteria

Kafeteria / Kantin

Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang disediakan di kafeteria Politeknik Ibrahim Sultan bagi kemudahan para pelajar PIS.

Koperasi

Koperasi PIS

KOPERASI POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN JOHOR BAHRU BERHAD merupakan institusi perniagaan yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia dibawah Kementerian Pembangunan Koperasi dan Kepenggunaan

Koperasi PIS menjalankan perniagaan merangkumi perkhidmatan, peruncitan, dan perniagaan makanan dan minuman

Koop Mart Center
Lokasi : terletak di Koperasi induk bersebelahan JRKV
Waktu Operasi : 8.15pg-4.30 ptg
Aktiviti Perniagaan : Menjual barangan keperluan perlajar terutamanya alat tulis, barang barang jahit serta makanan dan minuman ringan.

Koop Parcel
Lokasi : terletak di Koop Cybernet.
Waktu Operasi : 8.00pg-6.00ptg
Aktiviti Perniagaan : Menerima barang-barang parcel untuk pelajar dan staf politeknik dengan mengenakan caj RM1.00 pada setiap barang.

Mini Koop
Lokasi : bersebelahan dengan Kafeteria Asrama.
Waktu Operasi :
8.30 mlm – 10.30 mlm (Ahad-Khamis)
Jumaat Tutup
8.30 mlm-10.30 mlm (Sabtu)
Aktiviti perniagaan : Barangan keperluan peribadi, makanan dan minuman ringan.

Koop Snack & Drink
Lokasi : terletak didalam Kantin Politeknik Ibrahim Sultan, Aktiviti Perniagaan : Menjual pelbagai jenis minuman dan makanan

Koop Cybernet
Lokasi : terletak di Kantin Politeknik Ibrahim Sultan
Waktu Operasi : 8.00 pg-5.00 ptg
Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan mencetak dan fotokopi.

Dewan

Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ)

Dewan serbaguna yang digunakan bagi aktiviti pelajar dan warga kerja PIS. Dewan ini telah ditukar nama dari Dewan Serbaguna kepada Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil (DTLAJ) yang telah disempurnakan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada 10 Mac 2016.