Skip to content
Home » Berita » Hebahan : Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-30

Hebahan : Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-30

Tahniah kepada semua bakal graduan, untuk makluman para graduan, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) akan meraikan graduan dengan mengadakan satu Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-30 pada tarikh 17 dan 18 September 2025 di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS.

Sehubungan itu, dijemput semua graduan untuk hadir ke Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke -30 ini bagi;

Graduan Sarjana Muda, Sesi Akademi II : 2023/2024,

Graduan Diploma, Sesi Akademik II : 2023/2024,

Graduan Sijil Khas, Sesi II : 2023/2024

Segala pemakluman berkenaan Majlis Konvokesyen dan pengesahan kehadiran graduan dan tetamu boleh dibaca dan dimuat turun melalui pautan http://spmp.pis.edu.mu/ukonvo/konvo_login.jsp

Maklumat dan rujukan jadual sidang serta pengesahan kehadiran mestilah dilakukan bermula pada 23 Jun 2025 (Isnin) hingga 12 September 2025 (Jumaat).

Para graduan juga boleh melayari portal rasmi PIS dari semasa ke semasa di pautan https://pis.mypolycc.edu.my untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan Majlis Konvokesyen Politeknik Ibrahim Sultan Kali Ke-30. Seberang pertanyaan boleh hubungi terus di talian rasmi PIS 07 2612488 / 2612402.

Kerjasama dan keprihatinan para graduan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

#konvopis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat