jppk 2023logo pislmn rasmi2020 sirim v3

  • Asrama Politeknik Johor Bahru atau sekarang lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan mula beroperasi pada Julai 1998 dengan kapasiti seramai 300 orang sahaja dalam satu-satu masa. Bagi menampung keperluan semasa, PIS menyediakan tempat penginapan pelajar yang lebih besar iaitu seramai 2248 orang.

Kapasiti jumlah pengisian penghuni lelaki bagi setiap blok adalah mengikut pecahan seperti berikut:

  • Hi Tech 1 : 278 orang
  • Hi Tech 2 : 276 orang
  • Hi Tech 3 : 278 orang
  • Info Tech 1 : 208 orang
  • Info Tech 2 : 208 orang

Blok Kolej Kediaman Pelajar Perempuan

  • HI-10 : Kapasiti 1000 orang


Fungsi / Perkhidmatan

Pengurusan Kolej Kediaman

  • Mengurus dan merancang pendaftaran pelajar di kolej kediaman
  • Menguruskan, merancang dan menyediakan kelengkapan serta kemudahan di kolej kediaman
  • Menyelia aduan kerosakan dan membuat pemantauan kerja-kerja pembaikan serta memastikan kerja-kerja dan penyelenggaraan di kolej kediaman dilaksanakan.

Warden

  • Bertanggungjawab terhadap kebajikan dan disiplin pelajar kolej kediaman
  • Berperanan sebagai penasihat dalam merancang dan menjayakan aktiviti di kolej kediaman
  • Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes salah laku, kemalangan, kecemasan, kematian dan seumpamanya.

Pusat Rawatan

  • Memeriksa, mendiagnosis dan merawat penyakit yang ringan serta memberikan rawatan awal bagi semua kes kecemasan sebelum menyerahkan pengendalian  selanjutnya kepada Pegawai Perubatan.
  • Menguruskan pembelian dan peralatan perubatan.

 



Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN UKKP page 0001

 

Direktori Staff