logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Diploma Animasi Kreatif

Seiring dengan perkembangan teknologi pesat dan keperluan yang sentiasa berubah dalam industri kreatif digital hari ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPP) telah bekerjasama dengan peneraju utama industri negara dalam membangun dan menyemak semula kurikulum Teknologi Kreatif Digital. Kerjasama ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk memenuhi cabaran global dan keperluan industri kreatif. Langkah inisiatif ini, iaitu pembelajaran teradun dan Work-based Learning (WBL), adalah satu bentuk pedagogi yang menggabungkan pembelajaran didalam kelas dengan simulasi berstruktur pengalaman kerja sebenar yang menyediakan pelajar untuk daya saing di tempat kerja hari ini. Teknologi Kreatif adalah bidang antara disiplin yang menggabungkan teknologi komputer, reka bentuk, seni dan kemanusiaan. Bidang Teknologi Kreatif merangkumi seni, pengiklanan dan media yang dibuat dengan perisian, secara elektronik dan/atau dengan enjin yang dipacu data. Contoh-contoh teknologi kreatif digital termasuklah pengalaman kepelbagaian deria yang dibuat menggunakan grafik komputer, virtual reality, augmented reality, pencetakan 3D, internet of things, dan teknologi wearable. Dalam dunia seni, seni media baru, seni digital, dan seni internet merupakan contoh-contoh kerja yang dilakukan dalam bidang teknologi kreatif. Sesetengah percaya bahawa "Kreativiti berpotensi untuk direvolusikan dengan teknologi", atau bidang teknologi kreatif ini dilihat sebagai membantu "mengendalakan" cara manusia kini berinteraksi dengan komputer, dan ia mendorong kepada pengalaman yang lebih bersepadu dan mendalam.
Teknologi kreatif paling baik dilihat sebagai pertembungan teknologi baru dengan inisiatif kreatif seperti fesyen, seni, pengiklanan, media, dan hiburan.

Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam bidang multimedia kreatif. Kursus yang ditawarkan diletakan dalam kumpulan modul Creative Foundation, Creative Essentials dan Creative Technology. Kursus-kursus yang ditawarkan memberi peluang kepada para pelajar untuk menceburi kerjaya dalam pelbagai industri Multimedia Kreatif. Disamping kemahiran dan pengetahuan dalam visual dan kreativiti, program ini juga menggunakan aplikasi perisian multimedia terkini yang paling relevan dan digunakan secara meluas dalam industri pengeluaran kreatif. Ini memastikan pelajar dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan dan boleh memasuki mana-mana syarikat dalam bidang kepakaran yang dipilih. Di samping kursus teknikal, pelajar juga dibekalkan dengan kursus umum seperti Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-Kurikulum, Pengurusan Acara dan Keusahawanan untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam softskill. Oleh kerana program ini memberi penekanan kepada pembelajaran sendiri dan kemahiran kecekapan tangan (hand-on), graduan program ini akan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam dunia kreatif digital.

Tempoh Pengajian : 2 tahun setengah

Sijil Perakuan Akreditasi Diploma Animasi Kreatif


Prospek Kerjaya

Prospek pekerjaan meliputi:

  • Animator
  • Penolong Penerbit
  • Penolong Pengarah
  • Penolong Pengurus Penerbit / Eksekutif
  • Penulis Skrip
  • Penolong Pengarah Fotografi
  • Pembantu Scenographer / Pereka Produksi
  • Editor Visual dan Audio
  • Pembantu Visual Menchandiser
  • Penolong Pengarah Seni / Kreatif
  • Animator 2D / 3D                                                    
  • Pereka Karakter
  • Artis Kesan Khas
  • Rendering Artist
  • Pereka Latar Belakang Digital
  • Pereka Grafik
  • Pereka Permainan Video
  • Penolong Pengarah Video
  • Roto Artist
  • Concept Artist

Maklumat lanjut dan Syarat Kemasukan

Sumber : Portal Pengambilan Pelajar Politeknik