logo5lmn rasmi2020 sirim v3

Program Deaf Exploration And Art Fun Day 2022 atau D.E.A.F. DAY 2022 anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, PIS melibatkan pelajar OKU (pendengaran dan pertuturan) Semester 1 dan 2 dari program Sijil Kemahiran Rekabentuk Grafik dan Sijil Kemahiran Rekabentuk Fesyen dan Pakaian. Pelbagai aktiviti akan diadakan dalam membentuk insaniah yg kreatif dan mampu berdikari dalam bidang yang diceburi.

 
deaf

Terima kasih kepada kepada Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), dan Flextronics International Ltd di atas undangan kepada YBrs. Ts. Noor Aidi bt Nadzri Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan merangkap Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Johor sebagai tetamu kehormat penyampaian diploma kepada para graduan.
Syabas dan tahniah kepada seluruh Jawatankuasa Majlis yang komited memastikan kelancaran majlis yang pastinya amat bermakna kepada para graduan dan ibu bapa sekalian.
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada 196 graduan program pensijilan profesional,
i. Professional Certificate in Equipment Operation,
ii. Professional Certificate in Manufacturing Operation,
iii. Professional Diploma in Debug Engineering,
iv. Professional Diploma in Plastic Injection Moulding Engineering,
v. Professional Diploma in Manufacturing Engineering,
vi. Professional Diploma in Industrial Manufacturing; dan juga
vii. Professional Diploma in Production Engineering & Management Operation