logo5lmn rasmi2020 sirim v3

KOLABORASI STRATEGIK PIS DENGAN JABATAN PENGAJIAN ISLAM, TV NETWORK MEDIA PRIMA

Satu Majlis Menandatangani Kolaborasi Strategik Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bersama Jabatan Pengajian Islam, TV Network Media Prima bagi Rancangan Tanyalah Ustaz telah dilaksanakan di Sri Pentas TV3, Bandar Utama Damansara, Selangor pada 09 Jun 2022. Pada majlis ini YBrs Ts. Noor Aidi Binti Nadzri, Pengarah PIS telah menandatangani document Kolaborasi Strategik dengan Encik Rumzi bin Kamaruddin, Ketua Jabatan Pengajian Islam serta produksi Tanyalah Ustaz.

Turut serta dalam majlis ini adalah pengarah-pengarah dari Kolej Komuniti Raub, Kolej Komuniti Temerloh, Kolej Komuniti Paguh, Kolej Komuniti Baling, Kolej Komuniti Arau, Kolej Komuniti Jeli, Koleh Komuniti Manjung, Kolej Komuniti Bukit Mertajam dan Politeknik Ibrahim Sultan. Kumpulan Politeknik dan Kolej Komuniti ini telah diketuai oleh En. Mohd Hafiz Bin Che Hashim, Pengarah Kolej Komuniti Raub.

Kolaborasi ini bertujuan untuk bekerjasama dalam membuat rekaan pakaian dan menghasilkan busana dan perkongsian dan perundingan latihan. Rekaan busana telah dihasilkan oleh pelajar dengan bimbingan dan pematauan pensyarah kepada panel Da’i Fahmi bagi program Tanyalah Ustaz. Kerjasama ini juga bertujuan mengetengahkan bakat serta kemahiran para pelajar dalam pelaksanaan teori dan praktikal PdP sebenar dilapangan.

Semoga pelaksanaan kolaborasi strategik ini memberikan cetusan positif dan manfaat kepada semua serta menjadi satu lagi lembaran baru dalam Institusi pendidikan terutama di PIS.

#dfpJRKV
#politeknikibrahimsultan
#oneteamonedream

KOLABORASI1 KOLABORASI2

KOLABORASI3 KOLABORASI4