logo5lmn rasmi2020 sirim v3

MAJLIS PENUTUP PROGRAM PENJANA KPT-PACE: LEAN MANUFACTURING TECHNICIAN CERTIFICATION

27 Oktober 2021, Rabu - Majlis Penutup Program Penjana KPT-Pace: Lean Manufacturing Technician Certification di bawah anjuran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti (JPPKK), telah dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dilaksanakan selama 10 hari telah bermula dari 18 hingga 27 oktober 2021. Seramai 40 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini dan telah menerima sijil professional, malahan akan mendapat tempat bekerja yang akan ditawarkan syarikat kepada mereka.

Amat bertuah kepada peserta kerana bukan sahaja bergelar graduan, malahan akan mempunyai sijil profesional yang diiktiraf oleh syarikat luar yang berdaftar, Lean Manufacturing merupakan satu metodologi yang memfokuskan kepada pengurangan pembaziran dalam sistem pembuatan dan pada masa yang samamemaksimumkan produktiviti. Antara kelebihan Lean Manufacturing adalah mengurangkan kos pengoperasian,mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kualiti produk. Pendekatan Lean Manufacturing ini adalah berdasarkan amalan syarikat gergasi automotif iaitu Toyota Production System yang masih diimplementasikan sehingga kini, selain daripada syarikat-syarikat besar yang
lain seperti Intel, Nike, Kimberley-Clark Corporation danFord.

Program ini merupakan di bawah pelan strategik Teras 1 iaitu Menghasilkan Graduan TVET Berkualiti bagi mencapai KPI kebolehpasaran tinggi graduan yang bertujuan memastikan graduan mampu mendapat penempatan pekerjaan sepadan dengan kelayakan mereka. Program ini juga antara inisiatif KPT bagi membantu graduan melalui Program Peningkatan Kemahiran menerusi dana PENJANA dengan meliputi program PENJANA KPT-CAP dan KPT-PACE dengan sasaran graduan IPTA dan IPTS.

Penutupan program telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shahiza binti Ahmad Timbalan Pengarah Unit Pengajian Umum Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti. Turut serta hadir YBrs. Ts. Hj. Hamdan bin Samdin, Timbalan Pengarah Akademik PIS, En. Noor Azmi bin Asmawi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS, Pn. Farahdiba binti Md Said, Ketua Unit CISEC, En. Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS, En. Mazlan bin Karim, Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS, Puan Siti Manisah bt Muhammad, Pengarah Nisa Bumi Resources, selaku Co-Trainer Program, En. Muhammad bin Mustapha Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, merangkap Pengarah Program Pensijilan Profesional, Pn. Suhaila binti Basar Pegawai Pembangunan Kerjaya dan Pn. Anis Mohd Pengurus Program Pensijilan Profesional. Semoga para peserta program dapat manfaat dan mendapat peluang kerjaya yang lebih baik dari kelebihan yang disediakan melalui program ini.

kptpace 01  kptpace 02

 kptpace 04  kptpace 03

kptpace 05  kptpace 06

kptpace 07