Skip to content

Informasi Pelajar

Pelajar

Panduan Pelajar

Info Akademik

Kalendar Akademik

    Peperiksaan
    Transkrip Sementara (Provisional Transcript)

    (Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status TAMAT PENGAJIAN tetapi belum berkonvokesyen)

    1. Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan, Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.
    2. Lulusan (pelajar) boleh mencetak sendiri Transkrip Sementara (Provisonal Transcript).
    3. Sila rujuk tatacara mencetak Transkrip Sementara (Provisional Transcript) disini.
    Tatacara Permohonan Surat Tamat Pengajian

    (Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status TAMAT PENGAJIAN tetapi belum berkonvokesyen)

    1.    Isi Borang Permohonan Surat Tamat Pengajian. (Klik link ini untuk mengisi permohonan: https://tinyurl.com/09stp)

    2.    Pastikan anda memberikan maklumat yang tepat dan betul ketika mengisi boring permohonan berkenaan.

    3.    Permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja.

    4.    Sila semak e-mail yang anda gunakan semasa membuat permohonan. Surat Tamat Pengajian akan dikeluarkan dalam bentuk softcopy dan dihantar semula kepada anda melalui alamat e-mail yang anda sertakan ketika mengisi permohonan tersebut.

    5.    Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan, Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.

    Tatacara Permohonan Transkrip Lama

    (Lulusan dari tahun 2000 hingga 2007)

    1.    Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
           1.1    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan transkrip. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
                    a.    Nama penuh
                    b.    Nombor kad pengenalan
                    c.    Nombor Pendaftaran Pelajar.
                    d.    Nama Program Pengajian di Politeknik.
                    e.    Nama Syarikat dan alamat tempat latihan industri
                     f.    Nombor telefon yang boleh dihubungi.

           1.2    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
           1.3    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

    2.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: exam.pis.student@gmail.com
    3.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
    4.    Permohonan transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
    5.    Cara pengeluaran transkrip oleh Unit Peperiksaan PIS:
           I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PIS.
          II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)
    6.    Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.

    Tatacara Permohonan Sijil / Diploma Dan Transkrip Gantian

    (Permohonan ini bagi sijil atau transkrip yang hilang atau mengalami kerosakan.)

    1.    Permohonan bagi Sijil/Diploma Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen – dokumen berikut:
             1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Sijil/Diploma.
             1.2    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Sijil/Diploma Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
                     a.    Nama penuh
                     b.    Nombor kad pengenalan
                     c.    Nombor Pendaftaran Pelajar.
                     d.    Nama program Pengajian di Politeknik
                     e.    Nombor telefon yang boleh dihubungi.
            1.3    Salinan Sijil/Diploma asal. (Jika ada)

    2.    Permohonan bagi Transkrip Gantian. Lulusan perlu mengemukakan dokumen berikut:
           1.1    Laporan polis berkenaan kehilangan/kerosakan Transkrip.
           1.2    Surat rasmi permohonan untuk mendapatkan Transkrip Gantian. Surat permohonan ini perlu mempunyai maklumat-maklumat berikut:
                   a. Nama penuh
                   b. Nombor kad pengenalan
                   c. Nombor Pendaftaran Pelajar.
                   d. Nama program Pengajian di Politeknik
                   e. Nama syarikat dan alamat tempat latihan industri
                   f. Nombor telefon yang boleh dihubungi.
             1.3    Salinan Transkrip asal. (Jika ada)
             1.4    Salinan slip peperiksaan setiap semester. (Jika ada)
             1.5    Salinan slip keputusan Latihan Industri. (Jika ada)

    3.    Bagi pemohon yang ingin mendapatkan gantian bagi Sijil/Diploma dan Transkrip, permohonan hanya perlu dibuat dalam satu surat rasmi permohonan sahaja.
    4.    Hantarkan permohonan anda ke Unit Peperiksaan dalam bentuk softcopy melalui alamat emel  berikut: exam.pis.student@gmail.com
    5.    Permohonan Lulusan akan diproses dalam masa 14 hari bekerja.
    6.    Permohonan Sijil/Diploma atau Transkrip anda akan dikeluarkan dalam bentuk hardcopy.
    7.    Cara pengeluaran Sijil/Diploma dan transkrip oleh Unit Peperiksaan PIS:
           I.    Ambil sendiri di Unit Peperiksaan PIS.
          II.    Diwakilkan. (Hadir bersama surat rasmi kebenaran untuk mewakilkan pemohon)
    8.    Setiap permohonan Sijil/Diploma dan Transkrip gentian akan dikenakan bayaran seperti berikut:

    PerkaraBayaran (RM)
    Sijil/Diploma (versi BM)50.00
    Sijil/Diploma (versi BI)50.00
    Transkrip10.00

    9.    Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan Politeknik Ibrahim Sultan di talian 07-2611051.

    e-Learning

    Jawatankuasa e-Learning PIS

    Jawatankuasa e Learning PIS berfungsi untuk mengurus, merancang dan mentadbir urusan berkaitan e learning serta menyediakan kemudahan capaian kepada pensyarah dalam melaksanakan PdP secara blended learning bagi memperkasakan agenda e-Pembelajaran Negara (DEPAN)

    CIDOS atau lebih dikenali sebagai Curriculum Information Documentation Online System merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti sebagai medium interaksi antara pensyarah dan pelajar. Ia menyediakan platform untuk menyimpan, memapar dan menyedia maklumat PdP yang boleh dikongsi dengan tepat secara berpusat. Ia juga merupakan salah satu alternatif untuk menjalankan aktiviti P&P secara online untuk mendapatkan nota-nota kuliah, soalan tugasan, contoh-contoh soalan peperiksaan, forum dan sebagainya berbanding kaedah konvensional. Hal ini demikian secara tidak langsung, menerapkan budaya pembelajaran kendiri menerusi kaedah E-Learning

    Mod Blended atau pembelajaran teradun yang di gunakan adalah merujuk kepada kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod online dan mod pembelajaran bersemuka dengan 30% – 80% kandungan dan aktiviti kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran bersemuka (CAP eLearning 2014, KPM). Konsep Pembelajaran Teradun yang ingin diamalkan di semua PoliteknikPoliteknik Malaysia akan memberi fokus kepada pedagogi abad ke-21 yang mengabungkan pembelajaran tradisional (bersemuka) dan pembelajaran secara atas talian.

    Jabatan Pengajian Politeknik berdasarkan keputusan CAP e Pembelajaran KPM (2014) telah menetapkan bahawa 50% dari kursus yang anjurkan oleh IPTA mestilah berlaku secara atas talian menggunakapakai pendekatan Pembelajaran Teradun. Pelaksanaan ini akan bermula dari 2014.

    OBE

    Outcome Based Education

    HEP

    Icon

    Borang Permohonan Tukar Program 0.00 KB 1 downloads

      Student Handbook