Skip to content
Home » Perkhidmatan & Fasiliti » Kolej Kediaman Pelajar

Kolej Kediaman Pelajar PIS

Asrama Politeknik Johor Bahru atau sekarang lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan mula beroperasi pada Julai 1998 dengan kapasiti seramai 300 orang sahaja dalam satu-satu masa. Bagi menampung keperluan semasa, PIS menyediakan tempat penginapan pelajar yang lebih besar iaitu seramai 2248 orang.

Kolej Kediaman Pelajar (Lelaki)

Blok Kolej Kediaman Pelajar Lelaki
  • Hi Tech 1 (HT1) : Kapasiti 278 orang
  • Hi Tech 2 (HT2) : Kapasiti 276 orang
  • Hi Tech 3 (HT3) : Kapasiti 278 orang
  • Info Tech 1 (IF1) : Kapasiti 208 orang
  • Info Tech 2 (IF2) : Kapasiti 208 orang
Kemudahan Asas

Bagi Kolej Kediaman untuk penghuni lelaki, setiap bilik menempatkan 2 orang pelajar dan dilengkapi dengan :

  • 2 buah katil dan tilam
  • 2 buah kerusi dan meja belajar
  • 2 buah almari
  • 2 buah rak buku
  • 2 buah lampu kalimantang
  • 1 buah kipas
  • Setiap aras dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas.
  • Terdapat ruang untuk mengulangkaji pelajaran dan menonton televisyen ( Bilik Rekreasi ) di setiap blok Kolej Kediaman Pelajar.
  • Dorm juga terdapat di setiap blok Kolej Kediaman Pelajar lelaki yang digunakan untuk penempatan sementara. Pecahan kapasiti bagi setiap dorm adalah HT1 seramai 26 orang, HT2 seramai 26 orang, HT3 seramai 9 orang, IF1 seramai 12 orang dan IF2 seramai 12 orang.
  • Setiap blok kolej kediaman juga menyediakan mesin pencuci pakaian layan diri.

Kolej Kediaman Pelajar (Perempuan)

Blok Kolej Kediaman Pelajar Perempuan

Hi-10 : Kapasiti 1000 orang

Kemudahan Asas

Blok Kolej Kediaman untuk penghuni perempuan, setiap bilik menempatkan 6 orang pelajar dan dilengkapi dengan :

  • 6 katil besi, tilam dan bantal
  • 6 kerusi dan meja belajar
  • 6 almari besi
  • langsir
  • 6 lampu kalimantang
  • 3 kipas siling

Kemudahan yang disediakan di Blok Kolej Kediaman bagi penghuni perempuan :

  • Surau.
  • Dua ( 2 ) unit bilik rekreasi yang menyediakan ruang bacaan dan bilik permainan.
  • Pejabat Warden.
  • Dua ( 2 ) unit rumah warden.
  • Tiga ( 3 ) unit Kantin.
  • Setiap aras tingkat dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh, bilik gosok pakaian dan kawasan ampaian.
  • Tiga ( 3 ) unit Lif.
  • Sistem siaraya.
  • Satu ( 1 ) unit CCTV.

Perkhidmatan Lain

  • Setiap aras dilengkapi dengan bilik mandi, bilik basuh dan tandas.
  • Terdapat ruang untuk mengulangkaji pelajaran dan menonton televisyen ( Bilik Rekreasi ) di setiap blok Kolej Kediaman Pelajar.
  • Setiap blok kolej kediaman juga menyediakan mesin pencuci pakaian layan diri.
  • Kafeteria dan Kantin dibuka untuk memberi perkhidmatan dalam penyediaan makanan dan beroperasi dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam.
  • Koperasi MINI PIS disediakan bagi kemudahan pelajar membeli keperluan asas.
  • Wakaf didirikan bertujuan bagi pelajar berbincang, mengulangkaji pelajaran dan beriadah.
  • Masjid PIS terletak berhampiran dengan Kolej Kediaman Pelajar menjadi nadi penggerak pelajar muslim dalam menjalankan aktiviti dan hal yang berkaitan dengan keagamaan.
  • Terdapat mesin penapis air minuman disediakan secara percuma untuk kegunaan pelajar lelaki dan perempuan.
Info/Hebahan

PEMAKLUMAN WAKTU KELUAR DAN MASUK PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN, POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN BAGI TAHUN 2024

PerkaraWaktu
Ahad-KhamisMasuk sebelum jam 10.00 malam
Outing (Jumaat & Sabtu)8.00 pagi hingga 10.00 malam
Bermalam di luar/pulang ke kampungMasuk sebelum jam 10.00 malam
Perkhidmatan Penghantaran MakananSebelum jam 10.00 malam
Garis Panduan Pelajar
  • Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 10.00 malam.
  • Scan Kad RFID Pelajar di Pos Pengawal
  • Pelajar perlu membuat permohonan di iKamsis serta perlu mendapatkan kelulusan daripada warden.
  • Pelajar dibenarkan keluar bermula jam 8.00 pagi dan dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 10.00 malam.
  • Scan Kad RFID Pelajar di Pos Pengawal.
  • Pelajar perlu membuat permohonan di iKamsis serta perlu mendapatkan kelulusan daripada warden.
  • Pelajar dikehendaki masuk ke kampus sebelum jam 10.00 malam.
  • Scan Kad RFID Pelajar di Pos Pengawal
  • Hanya ibubapa atau penjaga yang sah sahaja dibenarkan memasuki kolej kediaman sehingga jam 8.00 malam.
  • Bagi    kes kecemasan, pelajar perlu memaklumkan nombor pendaftaran kenderaan kepada warden bertugas untuk dimaklumkan kepada Pengawal Keselamatan.
  • Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan meletakkan makanan di Pos Pengawal B dan Pos Pengawal Hi-10 sehingga jam 10.00 malam sahaja.
  • Aktiviti sukan dan riadah dibenarkan sehingga jam 7.00 malam sahaja.

Waktu Operasi
(Kaunter Pejabat)

AHAD – RABU
8.00 pagi – 5.00 petang

KHAMIS
8.00 pagi – 3.30 petang

WAKTU REHAT
1.00 petang – 2.00 petang

JUMAAT, SABTU DAN CUTI UMUM
Tutup

(perubahan waktu tertakluk kepada pindaan)

Hubungi Kami

Pejabat Kolej Kediaman Pelajar
Politeknik Ibrahim Sultan
KM. 10 Jalan Kong Kong 81700 Pasir Gudang
Johor Darul Takzim
07 – 261 2802

ukkp@ pis. edu. my