Semakan Keputusan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2026
Semakan boleh dibuat melalui laman : penajaan.jpa.gov.my
Semakan boleh dibuat melalui laman : penajaan.jpa.gov.my
Pembelajaran dalam bidang pelancongan bukan hanya berlaku di dalam bilik kuliah, malah pengalaman meneroka sendiri sesebuah destinasi menjadi antara ruang terbaik untuk pelajar memahami bagaimana industri pelancongan berfungsi dalam situasi sebenar. Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Northern Heritage & Tourism Expedition 2026 bagi kursus Tourism Expedition di bawah seliaan Puan Salina binti Mohamad Sipellizan. Program selama enam hari dari 23… Read More »Summit & Root 4.0: Uji Ketahanan, Perkasa Kemahiran Rekreasi Dan Pembelajaran Lapangan
Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Puan Fatim Fauziani binti Hussin telah mengharumkan nama institusi selepas berjaya merangkul Anugerah Khas Kertas Penyelidikan Berkaitan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2026 Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10 yang berlangsung secara atas talian dari 15 hingga 16 Oktober 2026. Seminar berprestij peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Jasin dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta POLYCC Zon… Read More »Pensyarah Kumpulan Penyelidik Meraih Anugerah Khas Kertas Penyelidikan Berkaitan PSH di SPSH 2026
Seramai 70 orang pelajar Semester 1, Diploma Pengurusan Acara (DEV1), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai Misi Perkasa 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Oktober 2026 di sekitar kawasan Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang berkonsepkan โMini Hiyokโ ini mencabar peserta menerusi pertandingan sukan kecergasan berpasukan yang menggabungkan elemen ketahanan fizikal, strategi, komunikasi dan kerjasama pasukan. Sepanjang program, peserta perlu menyelesaikan pelbagai cabaran di beberapa… Read More »Misi Perkasa 2026: Cabar Ketahanan, Bina Kepimpinan Dan Semangat Berpasukan
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pensyarah Jabatan Sains, Matematik & Komputer (JMSK), Pn. Fatim Fauziani binti Hussin atas pencapaian gilang-gemilang merangkul Anugerah Emas (Gold Award) di 2nd International PSA Innovation, Technology, Engineering & Commercialization Conference (IPiTEC 2026) yang berlangsung pada 6โ7 Oktober 2026! Kejayaan manis ini diraih menerusi hasil projek inovasi berimpak tinggi bertajuk:“SMART WELDING ADVENTURE: INTEGRATING AI COMICS, AUGMENTED REALITY, AND GAMIFICATION TO TRANSFORM TVET LEARNING” Kejayaan ini… Read More »Tahniah Pn. Fatim Fauziani & Pasukan Harumkan Nama JMSK Di Pentas Antarabangsa IPiTEC 2026
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Scientex 2, YBrs. Puan Hajah Haryati binti Ismail, yang mengadakan pertemuan dengan Pengarah PIS, YBrs. Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim. Pertemuan ini menjadi ruang untuk meneroka peluang kerjasama antara PIS dengan MBPG, khususnya dalam pelaksanaan program kemasyarakatan, perkongsian kepakaran dan inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat. Sebagai institusi TVET, PIS mempunyai… Read More »Kunjungan Hormat Ahli Majlis MBPG Ke PIS
Delegasi Jawatankuasa SmartGreen PIS dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi memperkasa agenda kelestarian dan persekitaran hijau kampus. Delegasi rasmi PIS telah diketuai oleh ๐๐ฌ. ๐๐ข๐ณ๐ฎ๐๐ง ๐๐ข๐ง ๐๐๐ข๐ง๐๐ฅ, ๐๐๐ค๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข, ๐๐๐ค๐ข๐ฅ ๐๐๐ ๐๐ฐ๐๐ข ๐๐ฆ๐๐ซ๐ญ ๐๐ซ๐๐๐ง ๐๐๐, berserta barisan pensyarah JKE. Ketibaan delegasi PIS telah disambut mesra oleh Pengarah Landskap MBJB, ๐๐ง. ๐๐๐ซ. ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ข๐ค๐… Read More »Lawatan Penanda Aras Ke Jabatan Landskap, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Audit Pemantauan 1 MS ISO 9001:2015 di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) berlangsung pada 13 hingga 14 Oktober 2026 bagi memastikan sistem pengurusan kualiti terus memenuhi keperluan standard yang ditetapkan. Selamat menjalani audit kepada seluruh warga PIS! Semoga segala urusan dipermudah dan audit berjalan lancar dengan komitmen serta kerjasama semua pihak. ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐ฎ๐๐ฅ๐ข๐ญ๐ข, ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐. #politeknikibrahimsultan #PenerajuIlmuSejagat #oneteammoredreams #TVETStar #POLYCCPemacuNegaraMADANI
Sekalung ucapan tahniah dan syabas daripada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kepada 2 orang pelajar dan 2 orang Alumni Program Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti atas kejayaan merangkul tempat Pertama Keseluruhan dalam sukan Pickleball di kejohanan 2026 China-ASEAN Education Cooperation Week-Advance Tyre Cup Pickleball Invitational yang berlangsung di Guiyang Huaxi Pearl Pickleball Park, Guiyang, Guizhou Province, China pada 1-2 Oktober 2026. Pencapaian Atlet Pickleball : Tempat Pertama… Read More »Atlet Pickleball Pelajar Dan Alumni PIS Mengharumkan Nama Polycc Di Peringkat Asean