Skip to content
Home » Berita » Pensyarah Kumpulan Penyelidik Meraih Anugerah Khas Kertas Penyelidikan Berkaitan PSH di SPSH 2026

Pensyarah Kumpulan Penyelidik Meraih Anugerah Khas Kertas Penyelidikan Berkaitan PSH di SPSH 2026

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Puan Fatim Fauziani binti Hussin telah mengharumkan nama institusi selepas berjaya merangkul Anugerah Khas Kertas Penyelidikan Berkaitan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2026 Peringkat Kebangsaan Kali Ke-10 yang berlangsung secara atas talian dari 15 hingga 16 Oktober 2026.

Seminar berprestij peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Kolej Komuniti Jasin dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta POLYCC Zon Melaka dan Negeri Sembilan.

Kertas penyelidikan yang bertajuk “Pembangunan e-Pembelajaran Statistik Berasaskan Prinsip Multimedia Mayer Bagi Program Microcredential Statistik” telah dibentangkan oleh Puan Fatim Fauziani binti Hussin. Kajian berkenaan memberi fokus kepada integrasi Prinsip Multimedia Mayer dalam mereka bentuk bahan e-pembelajaran statistik yang lebih interaktif dan berkesan khusus bagi program Microcredential.

Kumpulan penyelidik ini turut dianggotai oleh:

Fatim Fauziani binti Hussin
Dr. Md Razak bin Daud
Haslina binti Tawyer

Kemenangan ini membuktikan komitmen berterusan para pensyarah POLYCC dalam memantapkan aktiviti penyelidikan, pembangunan inovasi pengajaran dan pembelajaran (P&P), serta memperkasakan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat di peringkat kebangsaan.

Pengurusan tertinggi institusi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh ahli kumpulan penyelidik atas pencapaian cemerlang ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada warga akademik yang lain untuk terus berkarya dan menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi demi kemajuan pendidikan TVET negara.