Skip to content
Home » Berita » Atlet Pickleball Pelajar Dan Alumni PIS Mengharumkan Nama Polycc Di Peringkat Asean

Atlet Pickleball Pelajar Dan Alumni PIS Mengharumkan Nama Polycc Di Peringkat Asean

Sekalung ucapan tahniah dan syabas daripada seluruh warga Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) kepada 2 orang pelajar dan 2 orang Alumni Program Diploma Pengurusan Acara, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti atas kejayaan merangkul tempat Pertama Keseluruhan dalam sukan Pickleball di kejohanan 2026 China-ASEAN Education Cooperation Week-Advance Tyre Cup Pickleball Invitational yang berlangsung di Guiyang Huaxi Pearl Pickleball Park, Guiyang, Guizhou Province, China pada 1-2 Oktober 2026.

Pencapaian Atlet Pickleball : Tempat Pertama Keseluruhan

Atlet Pelajar PIS:

1. Siti Elrina binti Hazli

2. Siti Elmiza binti Hazli

Atlet Alumni PIS

1. Mohamad Amir Irhan bin Mohd Faudzi

2. Mohamad Amir Irfan bin Mohd Faudzi

Semoga kejayaan yang dicapai menjadi inspirasi dalam meningkatkan kebolehpasaran diri pelajar dalam keserlahan bidang akademik dan kokurikulum.

#majlissukanpoliteknik

#jskkpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyccTVETForAll

#TVETStar