Skip to content
Home » Berita

Berita

Lawatan Kolaborasi RP Singapore, JTDC, JSKILLS, JCorp Ke PIS

Tarikh : 10 NOVEMBER 2025. Satu lawatan kerja rasmi melibatkan Republic Polytechnic (RP) Singapore, Johor Talent Development Centre (JTDC), Johor Skills (JSKILLS) serta Johor Corporation (JCorp) telah diadakan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS). Lawatan dari RP diketuai oleh Mr. Terence Chong, Director, Office of International Relations, dari JTDC diwakili oleh Cik Azwa Syahida binti A’bidi , Assistant Administrative Officer JTDC, dari JSkills diketuai oleh Dr. Mohamad Anas bin Mohamad Annuar, Head… Read More »Lawatan Kolaborasi RP Singapore, JTDC, JSKILLS, JCorp Ke PIS

Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25)

Tarikh : 06 NOVEMBER 2025. Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25) merupakan sebuah gelanggang ilmiah dan kreatif yang menghimpunkan para penyelidik, pencipta serta inovator dari seluruh dunia bagi mempersembahkan idea dan ciptaan berteraskan keunggulan Alam Melayu. Penganjuran IMAN25 bertujuan mengangkat martabat ilmu dan warisan Alam Melayu melalui pendekatan moden serta penerapan teknologi baharu, sekali gus memperkukuh kelestarian jati diri serantau di persada antarabangsa. Penganjuran kali ini turut disertai oleh pensyarah-pensyarah… Read More »Pertandingan Inovasi Alam Melayu Antarabangsa (IMAN25)

PIS Memperkukuh Jalinan Strategik Bersama Amec Aero Malaysia

Tarikh : 06 NOVEMBER 2025. Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) melalui CISEC terus memperkukuh kolaborasi industri dengan mengadakan sesi perbincangan bersama AMEC Aero Malaysia, syarikat penerbangan yang berpengalaman dalam latihan penyelenggaraan pesawat bertaraf antarabangsa. Perbincangan ini memberi fokus kepada: Peluang latihan industri berstruktur Program A1 Licensed Aircraft Maintenance Technician (Mechanical, Aeroplanes Turbine) Pengenalan modul Introduction in Aircraft Maintenance kepada pelajar semester akhir dan graduan PIS sebagai pendedahan awal terhadap industri penerbangan.… Read More »PIS Memperkukuh Jalinan Strategik Bersama Amec Aero Malaysia

16 ORANG PELAJAR PIS DITAULIAH PINGAT PERAK & GANGSA PADA MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

Tarikh : 03 NOVEMBER 2025. Bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor seramai 16 orang pelajar PIS telah ditauliahkan Pingat Perak & Gangsa dalam Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Johor. Pelajar-pelajar tersebut ialah: 1. CYNTHIA LAILA ANAK SIMON KANDIN (JPH) – PINGAT PERAK 2. NURAIN NATASYA BINTI JOHABAHA (JPH) – PINGAT PERAK 3. NURUL ATHIRAH BINTI ZULKARNAIN (JPH) – PINGAT PERAK 4. DEVAN A/L PANNERSELVAM (JPH) –… Read More »16 ORANG PELAJAR PIS DITAULIAH PINGAT PERAK & GANGSA PADA MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Ibrahim Sultan anjuran Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual

Tarikh : 31 OKTOBER 2025. Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Ibrahim Sultan anjuran Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual berkonsepkan ‘STRIDE TOGETHER’ BRISK WALKATHON bersama Hj Ulaimi Yahya, Pengarah dan warga PIS. Program ini bertujuan memupuk semangat kebersamaan, gaya hidup sihat serta kerjasama dalam kalangan warga Politeknik Ibrahim Sultan melalui aktiviti berjalan pantas secara santai dan menyeronokkan. Aktviti seumpama ini telahh menyemarakkan semangat warga PIS akan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan fizikal serta… Read More »Majlis Perhimpunan Bulanan Politeknik Ibrahim Sultan anjuran Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual

Majlis Himpunan Setia APM Negeri Johor Bil. 2/2025

Tarikh : 30 OKTOBER 2025. Majlis Himpunan Setia APM Negeri Johor Bil. 2/2025 berlangsung meriah di Dewan Jubli Intan, Mersing bagi meraikan pelantikan baharu Pegawai Bersekutu, pemakaian kenaikan pangkat, serta penyampaian pingat dan reben kepada pegawai dan anggota APM Johor atas khidmat cemerlang mereka. Tahniah diucapkan kepada YBrs. Mej. Bersekutu (PA) Ts. Khairudin bin Baharum, Pensyarah Utama DH13, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan, telah dilantik sebagai Mejar… Read More »Majlis Himpunan Setia APM Negeri Johor Bil. 2/2025

Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Unggul Di Kejohanan Floorball Kebangsaan Piala Merdeka 2025

Tarikh : 30 OKTOBER 2025. Sekalung tahniah diucapakan kepada Rizmal Hasry bin Ghazali, Pelajar semester 1 Diploma Kejuruteraan Mekanikal yang telah membantu pasukan Floorball Negeri Sembilan dalam mendapat 2nd Runner Up bagi Kategori Lelaki dalam Kejohanan Floorball Kebangsaan Merdeka Cup 2025. Kejohanan ini telah berlangsung di berlangsung pada 30 Oktober 2025 – 2 November 2025 di WNZ Arena, Puchong, Selangor. Beliau merupakan Atlet Floorball bagi Pasukan Floorball Negeri Sembilan yang… Read More »Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Unggul Di Kejohanan Floorball Kebangsaan Piala Merdeka 2025

Bengkel Penghasilan Doodle – My Creative Tote

Tarikh : 29 OKTOBER 2025. Satu Bengkel Penghasilan Doodle – My Creative Tote Bag Di Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor telah dilaksanakan dengan jayanya dengan penyertaan 100 orang murid yang terdiri daripada darjah 2 hingga darjah 6. Terima kasih kepada Encik Mohd Tuahfik bin Ithnin, Guru Besar SK Taman Desa Skudai di atas jemputan dan kerjasama ini bersama Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada… Read More »Bengkel Penghasilan Doodle – My Creative Tote

Nail The Job 7.0 Interview Session in Conjunction with JTDC Mega Kerjaya MyFutureJobs X PIS@MBPG 2025

Tarikh : 24 OKTOBER 2025. Nail The Job 7.0 Interview Session in Conjunction with JTDC Mega Kerjaya MyFutureJobs X PIS@MBPG 2025 telah dianjurkan dengan kolaborasi Jabatan Pengajian Am (JPA), Cisec, JTDC, MBPG. Program ini untuk memberi pelajar PIS pendedahan menghadapi situasi temuduga di luar seperti di karnival kerjaya. Pelajar juga dapat mempraktikkan teknik berkomunikasi dalam sesi temuduga yang memerlukan pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris. Dua orang penemuduga dari UniKL, Mitec,… Read More »Nail The Job 7.0 Interview Session in Conjunction with JTDC Mega Kerjaya MyFutureJobs X PIS@MBPG 2025

Hari Psikologi PIS

Tarikh : 29 OKTOBER 2025. Sambutan Hari Psikologi PIS…Jom sertai sehingga jam 2.00 petang