Tarikh : 05 JANUARI 2026.
Program Minggu Transformasi Siswa MTS di Politeknik Ibrahim Sultan merupakan program minggu suaikenal dalam usaha memperkenalkan pelajar baru mengenai institusi dan memberi pendedahan suasana pelaksanaan serta proses pengajaran & pembelajaran. Pada hari pertama MTS telah di laksanakan Pengesahan dokumen pelajar baru dalam sistem maklumat PIS bagi Sesi II : 2025/2026 telah diadakan di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, PIS seawall pkl 8.30 pagi. Beberapa aktiviti lain adalah penyerahan barangan koperasi PIS dan taklimat berkaitan perjalanan pengurusan di PIS.
Semoga bermula hari ini pelajar dapat berazam untuk menjadi mahasiswa yang akan cemerlang dalam pendidikan dan membentuk sahsiah yang terpuji.



