Page 14 - eBook_PERMATA ALUMNI PIS_EDISI JUBLI PERAK
P. 14

PERMATA             xii           2024













                                                                                        Sinopsis


                                                                                           PERMATA












                                              "Permata  Alumni  PIS  -  Satu  Legasi  Seribu  Inspirasi"  merupakan  sebuah  kompilasi  istimewa  yang  menghimpunkan
                                              kisah-kisah  kejayaan  para  alumni  Politeknik  Ibrahim  Sultan  (PIS)  sepanjang  25  tahun.  Buku  ini  diterbitkan  sempena
                                              sambutan Jubli Perak PIS, dan menampilkan pencapaian cemerlang lebih daripada 37,000 graduan yang telah dilahirkan
                                              oleh institusi ini.


                                              Melalui  pendidikan  TVET  (Pendidikan  dan  Latihan  Teknikal  dan  Vokasional)  yang  diterapkan  di  PIS,  para  alumni  telah
                                              berjaya menempatkan diri mereka dalam pelbagai sektor industri, mencipta kejayaan yang menjadi inspirasi kepada ramai.
                                              Dari bidang teknologi hingga seni kreatif, mereka membawa nama PIS dengan penuh kebanggaan di peringkat nasional
                                              dan antarabangsa.


                                              Buku  "Permata  Alumni  PIS  -  Satu  Legasi  Seribu  Inspirasi"  bukan  sekadar  sebuah  dokumentasi,  tetapi  juga  lambang
                                              kecemerlangan,  inovasi,  dan  dedikasi  yang  telah  membentuk  perjalanan  hidup  para  graduan.  Setiap  kisah  yang
                                              dipaparkan  dalam  buku  ini  adalah  cerminan  semangat  juang  dan  kejayaan  yang  terus  bersinar,  menjadikan  ia  sumber
                                              inspirasi kepada generasi pelajar yang akan datang.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19