Page 13 - eBook_PERMATA ALUMNI PIS_EDISI JUBLI PERAK
P. 13
PERMATA xi 2024
Nota
EDITOR
Buku Permata Alumni PIS, Satu Legasi Seribu Inspirasi merupakan
himpunan kisah-kisah kejayaan para alumni Politeknik Ibrahim Sultan
(PIS) yang telah memberi inspirasi dan membanggakan institusi ini.
Setiap alumni yang dipaparkan adalah bukti bahawa dengan usaha
gigih dan sokongan pendidikan berkualiti, tiada impian yang mustahil
dicapai.
ZURAIDA BINTI OSMAN
KETUA EDITOR PIS berbangga dengan pencapaian mereka, yang bukan sahaja
mengharumkan nama institusi tetapi juga menjadi inspirasi kepada
pelajar-pelajar yang sedang menimba ilmu. Semoga buku ini menjadi
sumber motivasi kepada semua pembaca untuk terus berusaha
mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini,
khususnya para alumni yang berkongsi cerita kejayaan mereka.