Tarikh : 10 FEBRUARI 2026.
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan penuh rasa bangga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Pickleball PIS atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Pickleball Politeknik Malaysia yang telah berlangsung pada 9โ10 Februari di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.
PIS telah membolot SEMUA kategori pertandingan dengan pencapaian yang amat membanggakan, sekali gus membuktikan keunggulan pasukan di peringkat kebangsaan.
Keputusan Pertandingan:
Beregu Lelaki
Tempat Pertama: PIS
Tempat Kedua: PIS
Tempat Ketiga: PIS
Beregu Wanita
Tempat Pertama: PIS
Tempat Kedua: PSAS
Tempat Ketiga: PSAS
Beregu Campuran
Tempat Pertama: PIS
Tempat Kedua: PIS
Tempat Ketiga: PSA
Kejayaan ini jelas memperlihatkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang luar biasa dalam kalangan atlet Pasukan Pickleball PIS sehingga berjaya muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan dan mengharumkan nama institusi di peringkat kebangsaan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pengurus pasukan,
Puan Erlykartina binti Mohd Zulkipli dan Encik Kamarudin bin Kamit,
atas bimbingan, sokongan serta pengurusan pasukan yang cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung.
Syabas dan tahniah kepada seluruh Pasukan Pickleball PIS!
Teruskan melakar kejayaan demi kecemerlangan institusi





