Skip to content
Home » Berita » Tahniah Pelajar PIS Di Modular Fashion Illustration Competition, Indonesia 2025

Tahniah Pelajar PIS Di Modular Fashion Illustration Competition, Indonesia 2025

Tarikh : 15 NOVEMBER 2025.

Sekalung tahniah kepada saudari Naila Sophiena binti Muhammad Jouhari pelajar DRF1A, Diploma Rekabentuk Fesyen, Jabatan Rekabentuk dan komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan atas kejayaan merangkul tempat ke-3 dengan Rekaan bertajuk Techwear Split Skirt dalam Modular Fashion Illustration Competition, Indonesia 2025. Sekalung penghargaan juga kepada pensyarah pembimbing pelajar Cik Norulaini Binti Mohd Ramly atas kejayaan ini.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Universitas Negeri Jakarta (UNJ), Indonesia dan melibatkan penyertaan daripada pelajar-pelajar bidang fesyen dari beberapa buah negara seperti China, Thailand, Philipine, Vietnam, Malaysia dan Indonesia.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk meningkatkan kebolehpasaran diri melalui kecemerlangan dalam penyertaan pertandingan.

#jrkvpis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *