Skip to content
Home » Berita » Staf Pis Cemerlang Di Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Edola Xiii 2025

Staf Pis Cemerlang Di Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital Edola Xiii 2025

Tarikh : 18 OGOS 2025.

Sekalung tahniah dan penghargaan buat Puan Farhana Norazaman, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan atau kejayaan cemerlang merangkul tempat Pertama dalam anugerah Reka Bentuk Instruksional Fleksibel (Imersif Teradun) dengan membawa pulang Plak Anugerah, Sijil Anugerah Kecemerlangan dan wang tunai RM500.00.

Anugerah yang di rangkul telah raikan dalam Majlis Anugerah Inovasi Pembelajaran Digital eDOLA XIII 2025 pada 18 Ogos 2025 (Isnin) di Shah Alam Convention Centre. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan).

Kehadiran YBrs. Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS dan jawatankuasa e-Learning PIS turut hadir sama untuk meraikan kejayaan Puan Farhana Norazaman diatas pentas utama. Semoga Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga kerja PIS ke arah kecemerlangan diri bagi halatuju kerjaya masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *