Tarikh : 24 OGOS 2025.
Seramai 25 orang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan telah terpilih menyertai program Summer Camp Peringkat Negeri Johor 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Johor diadakan di Otternest Camp, Teluk Imam, Mersing Johor pada 22 hingga 24 Ogos 2025. Program ini telah disertai oleh 60 orang pelajar seluruh negeri Johor. Objektif penganjuran adalah untuk menerapkan semangat jati diri, patriotisme, setia kawan, pengurus diri dan emosi melalui aktiviti rekreasi dan kecergasan.
Turut hadir dalam program ini Pn. Alyyati binti Mohd Talib dan Pn. Siti Norbaiah binti Harun selaku pegawai pengiring pelajar Politeknik Ibrahim Sultan.
Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Puan Belinda Michelle binti Benedict, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.





