Skip to content
Home » Berita » Program Pemantapan Modal Insan Anak Asnaf Negeri Johor : Kursus Pastri Dan Bakeri

Program Pemantapan Modal Insan Anak Asnaf Negeri Johor : Kursus Pastri Dan Bakeri

Tarikh : 16 OGOS 2025.

Program Pemantapam Modal Insan Anak Asnaf Negeri Johor : Kursus Pastri dan Bakeri telah berlangsung selama 10 hari bermula 26 Julai yang lalu hingga 16 Ogos 2025. Antara objektif program adalah untuk memberikan pendedahan terhadap kemahiran dalam bidang pastri dan bakri serta memberi pendedahan kepada anak-anak asnaf menceburi bidang perniagaan pastri dan bakeri. Seramai 20 orang peserta telah dibimbing oleh 9 orang penceramah dan 8 orang faslilitator yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)

Program ini juga telah menyediakan beberapa modul seperti Batter and Dough Preparation, Pudding and Cookies, Kuih Malaysia, Cake Preparation, Basic Dough : Soft and Hard Roll Preparation serta Product Viral. Para peserta juga telah dibawa melawat ke Hajah Dahlia Foodstuff & Beverages serta Loaf Adam Patisserie.

Majlis Perasmian Penutup yang berlangsung pada 16 Ogos 2025, di Bilik Seminar ULPL, PIS telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Hamid, Amin Baitulmal, Wakil Rasmi, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan turut hadir menyantuni majlis ialah YBrs. Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, bersama YBrs. En Mohd Firdaus bin Mohd. Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, dan YBrs. En Abdul Kharim bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Turut hadir bersama, Puan Saida Zarifah Zabirah binti Syed Noorul Haq, Pengurus Besar Hajah Dahlia Foodstuff & Beverages. Sesi penyampaian sijil kepada para peserta dan penceramah telah disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Hamid. Penganjuran program ini juga telah memberi impak melahirkan komuniti berkemahiran di bawah Program Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *