Tarikh : 17 OGOS 2025.
Program “NURTURING THE LEADERSHIP” Anjuran Penyelaras Kelab Persatuan Politeknik Ibrahim Sultan di bawah kendalian Penasihat I,II & III Dr.Mohd Khairul Naim, En.Khairul Anuar, En Fairullah & Puan Zarina pegawai HEP telah berjaya diadakah bermula pada 15 hingga 17 Ogos 2025 dengan pengisian kertas kerja, pengurusan minit mesyuarat & dokumen rasmi JPP yang dikongsikan oleh NYDP II NUR AINA SOLEHAH MOHAMAD DZULKARNAIN & SITI NUR ‘AISYAH BINTI HASWADI JASWAN. Manakala etiket dan protokol rasmi disampaikam oleh PUAN SITI SUHAILA SAMIAN.
Pada 16-17 Ogos 2025, program diteruskan dengan team building di D’CHALET GUNUNG PULAI untuk memupuk semangat berpasukan antara pengerusi-pengerusi kelab dan persatuan dalam memperkasakan program dan aktiviti untuk membawa kecemerlangan seterusnya menjulang nama baik Politeknik Ibrahim Sultan hingga ke persada Antarabangsa. Seramai 35 peserta telah menyertai & menjayakan program kepimpinan pada kali ini.
Semoga objektif program ini tercapai dan diterjemahkan dalam setiap penglibatan pelajar melalui kelab & persatuan PIS .





