Tarikh : 20 JANUARI 2026.
Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA)2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik yang dianjurkan oleh BERNAMA telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Tunku Laksamana Abdul Jalil, Politeknik Ibrahim Sultan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin telah merasmikan program dan menyampaikan sumbangan Smart TV kepada 6 insitusi termasuk Politeknik Ibrahim Sultan.
Para pelajar Politeknik telah mengikuti 3 Sesi bengkel Mobile Journalism, Fact Check dan Kempen Internet Selamat.
Turut hadir Haji Azirin bin Abdul Aziz
Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Encik Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pengarang BERNAMA



