Tarikh : 14 NOVEMBER 2025.
Program Corporate Social Responsibility (CSR) Keep it Wild Keep it Clean di Zoo Johor telah dilaksanakan dan dianjurkan oleh pelajar semester 4 (DEV4) Diploma Pengurusan Acara Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dibawah kursus Event Fundraising & Sponsorhip. Seramai 19 pelajar telah terlibat dengan penyelarasan oleh pensyarah kursus mereka iaitu Hjh Nyi Imas Binti Muhamad Chong dan melaksanakan PdP luar bilik kuliah dan secara tidak langsung melaksanakan tanggujawab sosial berbentuk sukarelawan dimana melibatkan kerjasama dalam membersihkan persekitaran.
Semoga program ini memberikan impak positif dan pendedahan tentang pengetahuan serta penjagaan hidupan liar kepada pelajar serta tanggunjawab sosial mahupun sukarelawan.


