Tarikh : 15 OGOS 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah berjaya menganjurkan program PIS TVET Edutourism: Johor EduQuest 2025 selama lima hari bermula 11 hingga 15 Ogos 2025 dengan penyertaan 5 orang peserta daripada Jepun:
1. Kigushi Hiyori
2. Nagao Kyoka
3. Nagao Yuka
4. Okoshi
5. Rikuto Nakamura
Program ini memberi peluang kepada peserta untuk meneroka keunikan Johor melalui pendidikan TVET yang digabungkan dengan pengalaman budaya, hospitaliti dan warisan negeri.
Sepanjang program, peserta telah memperolehi pelbagai pengalaman berharga, antaranya:
Kemahiran Interpersonal & Orientasi – komunikasi, kerja berpasukan dan adaptasi budaya.
Eksplorasi Kampus & Komuniti – pembelajaran berasaskan pengalaman, jaringan silang budaya dan penghargaan hospitaliti.
Pengalaman Kulinari & Hospitaliti – aktiviti imersif merasai makanan tradisi, fasilitasi permainan rakyat serta penerokaan bandar.
Pengembaraan Gastronomi & Warisan – apresiasi makanan jalanan, pengetahuan pelancongan lestari serta interpretasi maritim.
Penemuan Budaya & Perancangan Kreatif – seni tradisional, perancangan festival dan persembahan budaya.
Program yang merupakan usaha sama bersama Lions Clubs International (LCI) dan Lions International, Youth Camps & Exchange turut mendapat sokongan kolaborasi strategik dari industri sekitar Johor iaitu dari pihak Asyuk Travel &Tour Sdn. Bhd., KEJORA, Tourism Johor dan Dynamic Pasir Gudang. Ini membuktikan bahawa Johor bukan sekadar destinasi pelancongan, malah pusat pembelajaran berasaskan pengalaman yang kaya dengan budaya, hospitaliti dan warisan tempatan.
Secara keseluruhannya, program ini telah memperkasa peserta dengan pendedahan TVET yang praktikal, pengalaman silang budaya, ilmu hospitaliti serta kemahiran insaniah, di samping menghayati warisan dan gaya hidup unik negeri Johor.
“Kenali, Jelajahi & Alami Keagungan Johor” ~ “Discover, Explore & Experience Majestic Johor”





