Tarikh : 31 OGOS 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah bersama menyertai dan memeriahkan program Karnival MERDEKA 2025 pada 29 hingga 31 Ogos 2025 bertempat di Stadium Olahraga Johor Mount Austin, Reruai Pameran dan aktiviti seni serta keusahawanan dari PIS telah dikendalikan oleh Cik Norulaini Mohd Ramly dan Pn Siti Zaitul Hajar binti Hassan dari Program Rekabentuk Fesyen (DRF), Jabatan Rekabentu Komunikasi Visual (JRKV) dan juga selaku penyelaras projek bersama pelajar DRF4A bagi Kursus Pengurusan Acara. Program ini juga disertai rakan pereka fesyen dan institusi dari Indonesia.
Perasmian program telah pada 30 Ogos 2025 dan program ini telah dianjur secara kerjasama oleh Jabatan Pelancongan Johor dan NV Event Management. Turut hadir di majlis perasmian ini adalah YBrs. Encik Hanizam bin Hussin, Ketua Jabatan Rekabentuk, Puan Azlin bin Abu ketua Program DRF dan Puan Qistina binti Arshad, pensyarah DRF.
Semoga program ini memberi manfaat kepada mahasiswa dalam melaksanakan PdP luar kelas dan menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda.



