Skip to content
Home » Berita » Pis Bersama Delegasi Lawatan Kumpulan Kerja Ke Rpic Singapura.

Pis Bersama Delegasi Lawatan Kumpulan Kerja Ke Rpic Singapura.

Tarikh : 22 SEPTEMBER 2025.

Politeknik Ibrahim Sultan telah menyertai Delegasi Lawatan Kumpulan Kerja Ke Republic Polytechnic Industry Centre (RPIC) Singapura. Delegasi telah diketuai oleh YB Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor. Lawatan ini merupakan keterlibatan awal bersama pihak RPIC sebagai platform untuk meninjau amalan baik dalam bidang pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta membincangkan potensi kerjasama strategic antara Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dengan RPIC bagi memperkukuhkan agenda pembangunan bakat di negeri Johor.

Politeknik Ibrahim Sultan menyambut baik tujuan lawatan ini dan turut bersama dalam lawatan ini diwakili oleh YBrs. Ts. Puan Suhaila binti Basar, Ketua Unit CISEC dan YBrs. Dr. Lim Hooi Peng, Pegawai Kolaborasi Unit CISEC. Turut sama hadir mewakili POLYCC Zon Johor adalah Ybrs. Encik Zahid bin Daim, Pengarah Kolej Komuniti Segamat dan YBrs. Ts. Dr. Robert @ Kerk Swee Tian, Pengarah Politeknik Mersing.

Semoga Lawatan ini membuahkan hasil dan kejayaan kerjasama antara institusi dan kerajaan negeri bagi memastikan kelangsungan yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri Johor..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *