Skip to content
Home » Berita » Pertandingan Discovery and Advancement in Virtual Innovation and Creative Invention (DAVINCI ’25)

Pertandingan Discovery and Advancement in Virtual Innovation and Creative Invention (DAVINCI ’25)

Tarikh : 18 NOVEMBER 2025.

Pertandingan Discovery and Advancement in Virtual Innovation and Creative Invention (DAVINCI ’25) telah menjadi platform penting bagi para inovator dalam mempamerkan idea, kreativiti dan penyelesaian baharu berasaskan teknologi serta reka cipta maya. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Teknologi dan Inovasi Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan ahli akademik, pelajar serta komuniti penyelidik di pelbagai institusi pendidikan.

Dalam pertandingan tersebut, projek inovasi bertajuk “Jaket Keselamatan Pelbagai Fungsi (Rescue Team Jacket)” telah berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan apabila meraih dua anugerah utama, iaitu:

🏅 Gold Award (Diamond Category)

🏆 Best Innovation Award (Science & Technology Category)

Projek ini diketuai oleh Pn. Noranisah binti Marni bersama Ts. Khairudin bin Baharum daripada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Politeknik Ibrahim Sultan. Inovasi ini dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan dan keselamatan pasukan penyelamat melalui rekaan jaket pelbagai fungsi yang menggabungkan elemen keselamatan, keselesaan serta ciri-ciri praktikal di lapangan. Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Politeknik Ibrahim Sultan, malah menjadi bukti kepada komitmen dan daya inovatif warga PIS dalam memperkukuh agenda penyelidikan serta inovasi selaras dengan aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada keseluruhan pasukan projek atas usaha gigih, dedikasi dan kejayaan yang diraih. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada warga PIS untuk terus melahirkan lebih banyak inovasi yang memberi impak positif kepada masyarakat dan industri.

#politeknikibrahimsultan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *