Tarikh : 18 OKTOBER 2025.
Seramai empat orang peserta pelajar Program Sijil Khas Reka Bentuk Grafik (KGF) Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menyertai kategori Fotografi, Pertandingan Abilympics Kebangsaan 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Pemulihan Malaysia (MCR) dengan kerjasama UiTM Puncak Alam.
Pertandingan berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Zainuddin Ibrahim, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), dan disantuni oleh YBrs. Datin Paduka Khatijah Sulieman, Presiden Majlis Pemulihan Malaysia pada 18 Oktober 2025 di Dewan Kuliah 2, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.
Semoga penyertaan ini memberi manfaat dan meningkatkan lagi kemahiran pelajar OKU PIS. Malahan mereka dapat menonjolkan kemahiran dan bakat ke arah kecemerlangan mempunyai matlamat dan penanda aras untuk bersaing dalam pertandingan diperingkat kebangsaan.
Senarai Peserta dan Jurulatih PIS bagi Kategori Fotografi;
Jurulatih
1. En. Muhammad Azmil bin Abdul Aziz
2. En. Mohd Nizam bin Saleh@Japri
3. Hj. Johaini bin Ibrahim
Peserta
1. Fathurrahman bin Shah Huddin (09KGF24F1004)
2. Naavinaash a/l Gopi (09KGF24F1007)
3. Hairil Ghadafi bin Mohamad Hardian (09KGF25F1001)
4. Goh Zheng Yang (09KGF25F1002)





