Skip to content
Home » Berita » Pelajar PIS Melakar Kejayan Di Program Rakan Ekspresi Fiesta Rakan Muda: Bakat Negeri Johor Tahun 2025

Pelajar PIS Melakar Kejayan Di Program Rakan Ekspresi Fiesta Rakan Muda: Bakat Negeri Johor Tahun 2025

Tarikh : 17 OGOS 2025.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 2 orang pelajar Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang telah berjaya merangkul tempat Pertama iaitu Nur Haiqal bin Roslizal DCI3B dan tempat kedua iaitu Dhia Natasya Alya Binti Azril Khairol DCI1B bagi Kategori Pertandingan Doodle Terbuka Belia Johor.

Program Rakan Ekspresi Fiesta Rakan Muda: Bakat Negeri Johor Tahun 2025 ini telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Johor, dengan kerjasama Politeknik Ibrahim Sultan dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis Penutup program ini telah di adakan pada 17 Ogos 2025 di Dewan Tengku Laksamana Abdul Jalil PIS.

Semoga kejayaan mahasiswa ini menjadi inspirasi kepada semua mahasiswa yang lain dalam menonjolkan bakat dan meningkatkan kecemerlangan diri sepanjang pengajian di PIS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *