Skip to content
Home » Berita » Mesyuarat Penyelarasan MalCiDAC 2025 – Kontinjen Johor Bersiap Sedia

Mesyuarat Penyelarasan MalCiDAC 2025 – Kontinjen Johor Bersiap Sedia

Tarikh : 22 MEI 2025.

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima kunjungan hormat daripada YS PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah APM Negeri Johor, sempena Mesyuarat Penyelarasan PolyCC Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) 2025. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau telah berlangsung di Bilik Persidangan PIS dan disambut oleh Kol. Bersekutu (PA) Hj. Ulaimi bin Yahya, Pengarah PIS merangkap Pengerusi PISPA POLYCC Johor.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah para Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selatan yang juga merupakan Komandan PISPA institusi masing-masing, termasuk Pengerusi PISPA Kolej Komuniti Negeri Johor, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir, wakil Pengarah daripada Politeknik Mersing, para Pengarah Kolej Komuniti Negeri Johor, para Pegawai Pertahanan Awam Daerah, serta Ketua Ajutan dan Penyelaras PISPA dari institusi Politeknik dan Kolej Komuniti.

Mesyuarat ini bertujuan menyelaras latihan dan strategi persediaan bagi memastikan penyertaan cemerlang Kontinjen Johor ke MalCiDAC 2025 yang akan berlangsung di Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.

#pispapis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *