Skip to content
Home » Berita » Mesyuarat Pembangunan Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) Bersama Koperasi Petra Kulai Berhad.

Mesyuarat Pembangunan Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) Bersama Koperasi Petra Kulai Berhad.

Tarikh : 13 FEBRUARI 2026.

Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima kerjasama daripada Koperasi Petra Kulai Berhad dalam Program Pembangunan Produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (Community Based Tourism – CBT). Satu mesyuarat pemurnian projek telah diadakan seperti ketetapan di Bilik Mesyuarat, CDeC, Politeknik Ibrahim Sultan. Kehadiran YBrs. Encik Shahril bin Aman selaku wakil Koperasi Petra Kulai Berhad telah disambut oleh YBrs. Encik Abdul Kharim bin Abdul Hamid, Ketua jabatan Hospitaliti, YBrs. Ts. Suhaila binti Basar, Ketua Unit, CISEC dan YBrs. Encik Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff, Pengurus CDeC serta barisan pensyarah terlibat.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan skop kerjasama meliputi pembangunan modul dan reka bentuk produk pelancongan komuniti, latihan kompetensi, penyelidikan dan pemetaan aset pelancongan serta khidmat rundingan strategik pelaksanaan CBT.

Semoga pembukaan tahun baru 2026 ini memberi satu kesan positif melalui cadangan dan input bidang kepakaran pensyarah PIS bagi memastikan perbincangan berjalan lancar dan berimpak tinggi.

#ptptnjohor#PTPTN#jheppis#masjidPIS#VTroopersPIS

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *