Skip to content
Home » Berita » Majlis Lafaz Ikrar Mahasiswa Dan Perasmian Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I: 2026/2027

Majlis Lafaz Ikrar Mahasiswa Dan Perasmian Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I: 2026/2027

Tarikh : 25 JUN 2026.

Satu Majlis Lafaz Ikrar Mahasiswa Dan Perasmian Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) Politeknik Ibrahim Sultan bagi Sesi I: 2026/2027 telah diadakan pada hari ini di Dewan Tunku Laksama Abdul Jalil. Pada petang tersebut telah diadakan majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh YM. Tengku Nadzion bin Tengku Ibrahim, Timbalan Pengarah Akademik, Memangku Tugas Pengarah. Turuh Hadir sama pada majlis tersebut YBrs. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Noor, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PIS, YBrs. Tuan Hj. Hamzah bin Zakaria, Timbalan Pengarah Governan dan Strategik, YBrs. Puan Rohaida binti Razi, CiDe, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar merangkap Pengerusi Majlis MTS, Ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua Unit dan barisan pegawai Hal Ehwal Pelajar, barisan JK Program MTS dan Fasilitator serta sukarelawan pelajar.

Bacaan Ikrar pelajar menjadi kemuncak majlis pada petang tersebut yang diketuai oleh wakil pelajar dan diikuti oleh 1,135 orang pelajar yang lain. Semoga program MTS ini memberi banyak manfaat dan informasi berkaitan sepanjang pelajar mendapatkan pendidikan di PIS serta pendedahan persekitaran dan pendidikan aliran TVET.

#jheppis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

#TVETStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *