Skip to content
Home » Berita » Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir Ke PIS

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir Ke PIS

Tarikh : 22 JANUARI 2026.

Satu sesi lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir telah dilaksanakan di PIS. Lawatan telah diketuai oleh Puan Noorzaliana Bt Tongal (guru Bimbingan & Kaunseling) dan turut bersama Puan Suziliana binti Sumadi (Guru TVET), Puan Ainul Aqidah BT Azman (guru TVET), Encik Zarif Izzuddin bin Zulkifli (guru akademik) dan Encik Mohamad Zulkhairi Raihan bin Abd Rahman (guru akademik) serta 37 orang pelajar. Para pelawat telah di sambut dan disantuni oleh YBrs. Hj. Johaini bin Hj. Ibrahim, Ketua Unit Komunikasi Korporat PIS, Puan Zarina binti Mohd. Suhaimi, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, dan Puan Nurul Izzati binti Md. Khairuddin, Pegawai Ambilan PIS serta Pensyarah dan Ketua Jabatan Akademik di JKM, JKE, JPH dan JRKV.

Lawatan para pelajar ini bertujuan mendapatkan maklumat tawaran pendidikan TVET dan melihat dengan lebih dekat sesi PdP di bilik kuliah dan bengkel serta di luar bilik kuliah yang dilalui mahasiswa setiap hari di PIS. Lawatan pelajar ini terdiri daripada pelajar 25 orang pelajar tingkatan 5 dan 12 pelajar tingkatan 4 dari aliran Sains Tulen, Kemanusiaan dan PVMASesi lawatan ini dimulai dengan pengenalan latar belakang PIS, diikuti dengan taklimat pengambilan pelajar dan program yang ditawarkan di PIS dan diikuti dengan lawatan ke ruangan Kuliah, bengkel dan luar bilik kuliah.

Semoga lawatan sambil belajar ini memberi manfaat kepada para pelajar dan membuka minda mereka dalam meningkatkan motivasi dan meletakkan fokus dalam mencapai matlamat masa hadapan untuk mengikuti pengajian peringkat pendidikan tinggi terutama dalam bidang TVET di PIS.

#ukkpis

#jheppis

#politeknikibrahimsultan

#PenerajuIlmuSejagat

#oneteammoredreams

#PolyCCTVETForAll

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *