Tarikh : 06 OGOS 2025.
Politeknik Ibrahim Sultan telah menerima kunjungan panel JPPKK daripada Unit Jaminan Kualiti, Bahagian Governan dan Kecemerlangan, JPPKK iaitu Tn. Hj. Muhamad Syafiq bin Zainun dan Ts. Dr. Khairul Fahzan Salleh pada 5 dan 6 Ogos 2025. Objektif lawatan ini adalah sebagai persediaan program DEE untuk menghadapi Penilaian Akreditasi ETAC New Cycle yang dijadualkan akan berlangsung pada 10-11 September 2025.
Antara pengisian lawatan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Pengarah PIS, Tn. Hj. Ulaimi bin Yahya berserta pembentangan slaid latarbelakan dan pencapaian serta halatuju PIS, diikuti dengan sesi pembentangan slaid program oleh Dr. Arfah binti binti Ahmad Hasbollah (mantan Ketua Program DEE), kemudian di laksanakan lawatan fasiliti umum institusi sebelum melihat fasiliti di jabatan JKE. Lawatan diteruskan dengan semakan dokumen-dokumen berkaitan penilaian akreditasi ETAC, sesi temubual staf dan pelajar secara rawak dan lawatan diakhiri dengan Mesyuarat Penutup serta pembentangan hasil dapatan lawatan oleh panel JPPKK.
PIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak JPPKK atas lawatan dan bimbingan dalam penambahbaikan serta penerangan yang diberikan berkenaan keperluan dan dokumen penilaian akreditasi ETAC yang perlu dipenuhi. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat, semangat serta impak yang positif kepada semua warga JKE dan PIS dalam usaha mengekalkan akreditasi penuh program DEE dan melaksanakan proses penambahbaikan berterusan dari semasa ke semasa.
“Memperkasa Kecemerlangan Melalui Akreditasi”.





